Connect with us

Terkini

Sesi persekolahan di Semenanjung dicadang bermula 8 pagi

Kementerian Pendidikan disaran supaya memulakan sesi persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sesi persekolahan di Semenanjung dicadang bermula 8 pagi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Cadangan itu bagi meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’. – Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata
  • “Kerajaan sepatutnya punyai rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi.
  • “Jika di bandar terpaksa meredah kesesakan jalanraya seawal jam 6 pagi untuk ke sekolah.
  • “Di pedalaman pula, anak-anak kecil terpaksa jalan becak dan berlumpur. Ada yang terpaksa meredah denai kecil. Ada anak-anak yang terpaksa berperahu ke sekolah sedangkan hari masih gelap,” katanya

 

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan disaran supaya memulakan sesi persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi.

Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, cadangan itu bagi meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya mempunyai rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi.

“Jika di bandar terpaksa meredah kesesakan jalanraya seawal jam 6 pagi untuk ke sekolah.

“Di sekolah pedalaman pula, anak-anak kecil terpaksa jalan becak dan berlumpur. Ada yang terpaksa meredah denai kecil. Ada anak-anak yang terpaksa berperahu ke sekolah sedangkan hari masih gelap,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, langkah itu juga membolehkan anak-anak sempat bersarapan bersama keluarga berbanding terpaksa kerana bergegas ke sekolah sebelum ini.

“Jika kerajaan prihatin dengan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya kita lakukan sesuatu yang betul untuk rakyat dengan mulakan sesi persekolahan pada jam 8 pagi,” katanya.

Untuk rekod sesi persekolahan ketika ini bermula jam 7.30 pagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi melaksanakan cadangan berkenaan, KPM juga disaran mengurangkan sesi persekolahan selama 15 minit bagi sesi pagi dan petang.

“Hanya (dilewatkan) 30 minit. Saya fikir tidak menjadi isu jika KPM kurangkan 15 minit sesi petang”, katanya.

 

Sumber: Sinar Harian

Author