Connect with us

Terkini

Segerakan undang-undang kawal selia penjualan produk vape!

Pusat Pilihan Pengguna (CCC) senada dengan Menteri Kesihatan Malaysia Dr Zaliha Mustafa mengenai kebimbangan penjualan produk vape kepada kanak-kanak bawah umur.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Segerakan undang-undang kawal selia penjualan produk vape!
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bagi elakkan atau kurangkan risiko berlakunya perkara ini, pihak kerajaan perlu wujudkan undang-undang berasingan dari rokok atau perluaskan skop undang-undang tembakau sedia ada bagi mengawal selia penjualan dan pemasaran vape. – Wakil Pusat Pilihan Pengguna Malaysia (CCC), Tarmizi Anuwar
  • “Terdapat beberapa langkah boleh diambil pihak kerajaan antaranya perkenalkan peraturan pintar dan  menguatkuasakan sekatan umur yang ketat ke atas peranti vape dan cecair di tempat jualan dan gunakan teknologi pengesahan umur moden untuk jualan dalam talian.”
  • “Ketiadaan undang-undang akan memudahkan kanak-kanak untuk dapatkan vape dari aktiviti pasaran gelap dan perdagangan haram.”
  • “Undang-undang ini penting bagi pastikan pengguna dewasa mempunyai pilihan yang sah untuk pilih produk yang kurang berisiko dan mudarat serta beralih ke arah hidup yang lebih sihat,” katanya.

KUALA LUMPUR: Pusat Pilihan Pengguna (CCC) senada dengan Menteri Kesihatan Malaysia Dr Zaliha Mustafa mengenai kebimbangan penjualan produk vape kepada kanak-kanak bawah umur.

Menurut wakil Pusat Pilihan Pengguna Malaysia, Tarmizi Anuwar, pihaknya tidak menyokong vaping belia atau kanak-kanak berumur bawah 18 tahun dan mencadangkan agar kerajaan segerakan undang-undang pintar bagi mengawal selia penjualan dan pemasaran produk vape.

“Kanak-kanak di bawah umur tidak seharusnya dibenarkan membeli produk vape. Bagi mengelakkan atau mengurangkan risiko berlakunya perkara ini, pihak kerajaan perlu mewujudkan undang-undang yang berasingan daripada rokok atau memperluaskan skop undang-undang tembakau sedia ada bagi mengawal selia penjualan dan pemasaran vape.

“Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan antaranya memperkenalkan peraturan pintar dan menguatkuasakan sekatan umur yang ketat ke atas peranti vape dan cecair di tempat jualan dan menggunakan teknologi pengesahan umur moden untuk jualan dalam talian.

“Ketiadaan undang-undang akan memudahkan kanak-kanak untuk mendapatkan vape daripada aktiviti pasaran gelap dan perdagangan haram,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas kenyataan Dr Zaliha mengenai klasifikasi nikotin di bawah Akta Racun 1952, beliau berkata, produk gantian nikotin telahpun dikecualikan daripada Akta Racun 1952 pada Oktober tahun lalu.

“Ini bermakna nikotin tidak lagi dianggap sebagai produk bukan beracun.

“Secara teknikal vape boleh dikira sebagai produk gantian nikotin kerana tujuan utama adalah digunakan sebagai bantuan untuk berhenti merokok.

“Namun, ini antara ruang dasar awam yang masih perlu ditambahbaik agar tidak berlaku kekeliruan,” kata beliau.

Selain itu, Tarmizi menekankan undang-undang ini turut penting dalam membezakan prduk vape antara pengguna dewasa yang bertanggungjawab dengan kanak-kanak.

“Undang-undang ini penting bagi memastikan pengguna dewasa mempunyai pilihan yang sah untuk memilih produk yang kurang berisiko dan mudarat serta beralih ke arah hidup yang lebih sihat.

“Pihak kerajaan juga tidak wajar menggunakan hujah ini untuk mengehadkan akses kepada pengguna yang bertanggungjawab kerana sehingga masih belum terbukti mengenai laporan atau artikel yang mengaitkan vape adalah gerbang kepada merokok,” tambahnya.

Berdasarkan tinjauan analitikal oleh Lee, Coombs dan Afolalu (2018) mengatakan faktor sebenar pengambilan vape dalam kalangan belia masih belum dibuktikan.

Selain itu, menurut Royal College of Physicians juga laporan menyatakan remaja yang menggunakan vape berisiko berpotensi melahirkan generasi yang terpengaruh dengan nikotin tidak berasakan bukti.

CCC mewakili pengguna di lebih 100 negara di seluruh dunia. Kami memantau dengan teliti aliran kawal selia di Ottawa, Washington, Brussels, Geneva.

Sumber: Berita Harian

 

Author