Connect with us

Terkini

Saman salah laku seksual ke atas PM: Rayuan Yusoff 7 April depan

Mahkamah Rayuan menetapkan 7 April untuk mendengar rayuan Muhammad Yusoff Rawther untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap tuntutan salah laku seksual. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Saman salah laku seksual ke atas PM: Rayuan Yusoff 7 April depan
Foto: Muhammad Yusoff Rawther.
  • Mahkamah Rayuan menetapkan 7 April untuk mendengar rayuan Muhammad Yusoff Rawther untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas PM terhadap tuntutan salah laku seksual. 
  • Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Navpreet Singh mengesahkan bahawa Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran semasa pengurusan kes semalam. 
  • “Perbicaraan rayuan ditetapkan pada 7 April 2023, melalui zoom,” kata peguam itu kepada Malaysiakini hari ini.

Mahkamah Rayuan menetapkan 7 April untuk mendengar rayuan Muhammad Yusoff Rawther untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap tuntutan salah laku seksual. 

Perbicaraan itu adalah berhubung tindakan sivil bekas pembantu penyelidik tersebut terhadap Anwar. 

Peguam Anwar, Navpreet Singh mengesahkan bahawa Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh pendengaran semasa pengurusan kes semalam. 

“Perbicaraan rayuan ditetapkan pada 7 April 2023, melalui zoom,” kata peguam itu kepada Malaysiakini hari ini.

Rayuan Yusoff adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Sept tahun lalu, yang menolak permohonan plaintif untuk membatalkan perenggan tertentu dalam pernyataan pembelaan ahli Parlimen Tambun Anwar terhadap tindakan sivil itu. 

Dalam kenyataan pembelaan presiden PKR itu, Anwar menolak dakwaan salah laku seksual tersebut sebagai “palsu dan rekaan”. 

Yusoff memfailkan notis rayuan itu berikutan tidak berpuas hati dengan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee yang menolak permohonannya pada 9 Sept lepas. 

Permohonan itu adalah berhubung saman dikemukakan Yusoff pada 14 Julai 2021 mengenai dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman ahli politik tersebut empat tahun lepas.

Anwar selaku defendan kemudian memfailkan saman balas terhadap saman dikemukakan Yusoff. 

Dalam pernyataan tuntutannya, Yusoff mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Okt 2018 di kediaman Anwar di Segambut apabila dia diminta oleh setiausaha sulit Anwar iaitu Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India kepada defendan. 

Yusoff, yang meletak jawatan pada 24 Jun 2019, berkata satu laporan polis telah dibuat terhadap Anwar pada 7 Dis 2019 Jabatan Peguam Negara kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa Anwar. 

Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, dia dituduh berkomplot untuk menjatuh dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin yang menyokong Anwar serta orang awam.

Sumber: Malaysiakini

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *