Terkini
Perlis, Kelantan & Terengganu kekal bebas ternakan babi komersial
Selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, kini tinggal tiga negeri seperti Perlis, Kelantan dan Terengganu sahaja yang masih bebas dari sebarang industri penternakan babi secara komersial.
- Negeri seperti Perlis, Kelantan dan Terengganu masih bebas dari industri penternakan babi secara komersial.
- Mengikut statistik perangkaan terbitan JPV, secara keseluruhan kira-kira 1,665,560 ekor babi berjaya diternak di seluruh negara sepanjang tahun lepas.
- Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, rekod JPV mendapati angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 1,672,995 ekor atau defisit 7,435 ekor.
- Hal itu berlaku susulan langkah tegas yang dilaksanakan pihak JPV secara besar-besaran untuk membendung penularan wabak demam babi Afrika.
PUTRAJAYA, 05 Januari 2023 – Selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, kini tinggal tiga negeri seperti Perlis, Kelantan dan Terengganu sahaja yang masih bebas dari sebarang industri penternakan babi secara komersial.
Berdasarkan statistik perangkaan terbitan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), secara keseluruhannya kira-kira 1,665,560 ekor babi telah berjaya diternak di seluruh negara sepanjang tahun lepas.
Walaupun begitu, jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, rekod JPV mendapati angka tersebut telah mencatatkan penurunan sebanyak 1,672,995 ekor atau cuma defisit 7,435 ekor.
Hal itu berlaku susulan langkah tegas pelupusan yang dilaksanakan oleh pihak JPV secara besar-besaran bagi membendung penularan wabak demam babi Afrika.
Menurut rekod JPV, “Perak sekali lagi muncul sebagai negeri penternakan babi paling besar di Malaysia pada 2022 lalu iaitu 560,987 ekor dengan menokok daripada hanya 555,705 ekor pada 2021.”
“Pulau Pinang pula sebanyak 311,869 ekor, Johor (238,323), Selangor (222,160), Sarawak (199,850), Sabah (88,755), Melaka (38,314), Pahang (3,235) dan Kedah (1,438).”
“Negeri Sembilan pula terus kekal menjadi negeri paling sedikit menternak babi komersial di negara ini iaitu cuma 629 ekor sepanjang tahun lalu berbanding 848 ekor pada 2021,” kata JPV lagi.
Berikutan pelupusan babi yang dijalankan JPV, trend pemakanan babi dalam kalangan penduduk Malaysia dilaporkan merosot kepada 233,921 tan berbanding 234,204 tan pada tahun sebelumnya.
Sumber: Samudera