Connect with us

Antarabangsa

Penggubal undang-undang Utah mahu pembedahan tukar jantina, penghalang akhil baligh kanak-kanak dihalang

Penggubal undang-undang Utah pada Rabu mengemukakan rang undang-undang (RUU) yang melibatkan kanak-kanak LGBTQ yang menerima kecaman komuniti LGBTQ.

Wartawan TMT

Published

on

Penggubal undang-undang Utah pada Rabu mengemukakan rang undang-undang (RUU) yang melibatkan kanak-kanak LGBTQ yang menerima kecaman komuniti LGBTQ.
Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Penggubal undang-undang Utah pada Rabu mengemukakan RUU melibatkan kanak-kanak LGBTQ yang menerima kecaman komuniti LGBTQ.
  • Undian terhadap RUU itu dibuat meskipun terdapat bantahan daripada ahli komuniti LGBTQ, peguambela, ibu bapa kepada kanak-kanak transgender dan pakar perubatan.
  • Antara RUU itu ialah SB16, iaitu rang undang-undang mengharamkan pembedahan jantina dan mengenakan moratorium kepada pemberian ubat penghalang akil baligh bagi kanak-kanak bawah umur.
  • SB100 pula rang undang-undang yang membolehkan sekolah membenarkan ibu bapa mengakses rekod pendidikan atau maklumat lain yang berkaitan dengan kanak-kanak “mengenai identiti jantina pelajar yang tidak sesuai dengan jantina pelajar.

AMERIKA SYARIKAT – Penggubal undang-undang Utah pada Rabu mengemukakan rang undang-undang (RUU) yang melibatkan kanak-kanak LGBTQ yang menerima kecaman komuniti LGBTQ.

Ini selepas pihak terbabit mengadakan sesi penerangan kepada jawatankuasa mengenai bahaya dan faedah prosedur pembedahan penukaran jantina.

Paling utama ialah SB16 iaitu rang undang-undang untuk mengharamkan pembedahan jantina dan mengenakan moratorium (sekatan sementara) kepada pemberian ubat penghalang akil baligh bagi kanak-kanak bawah umur, lapor Deseret News.

Pembedahan jantina merupakan rawatan perubatan yang kadangkala digunakan kelompok transgender dan bukan binari untuk menukar atau mengubah karekter seksual mereka.

Kedua ialah SB100, rang undang-undang yang membolehkan sekolah membenarkan ibu bapa mengakses rekod pendidikan atau maklumat lain yang berkaitan dengan kanak-kanak “mengenai identiti jantina pelajar yang tidak sesuai dengan jantina pelajar.

Ketiga ialah SB93, iaitu rang undang-undang untuk menyekat perubahan sijil kelahiran bagi sesiapa di bawah umur 18 tahun, kecuali untuk kesilapan tertentu.

Satu demi satu, Jawatankuasa Senat Mengenai Perkhidmatan Manusia dan Kesihatan mengesahkan RUU itu mengikut garis panduan parti untuk dipertimbangkan secara penuh oleh Senat.

Undian dibuat meskipun terdapat bantahan daripada ahli komuniti LGBTQ, peguambela, ibu bapa kepada kanak-kanak transgender dan pakar perubatan.

“Adalah pelik bagi badan perundangan untuk menjadi pengamal perubatan,” kata Penolong Minoriti Whip Jen Plumb, D-Salt Lake City 

Selain menggesa penggubal undang-undang berundur, Plumb adalah antara pengundi yang menentang RUU tersebut.

Sumber: Deseret News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Ibu kota Belgium haramkan pembelian produk Israel

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.
  • Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.
  • Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.

Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Kesatuan Eropah (EU) pada 2015 mengeluarkan garis panduan baharu untuk pelabelan produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki dianggap sebagai penempatan tidak sah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending