Connect with us

Antarabangsa

Penduduk Muslim Uganda gesa kerajaan tekankan pengajian Islam di sekolah

Penduduk Muslim, salah sebuah daerah di Barat Uganda menggesa kerajaan menekankan pengajian Islam sebagai sebuah mata pelajaran di sekolah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penduduk Muslim Uganda gesa kerajaan tekankan pengajian Islam di sekolah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ajaran Islam di sekolah Muslim kawasan itu semakin lenyap meskipun pengajian Islam dapat bantu untuk besarkan kanak-kanak jadi individu bertanggungjawab. – Masyarakat Muslim daerah Greater Bushenyi
  • “Pengenalan semula pengajian Islam di sekolah akan bantu kita untuk mempunyai insan yang memahami al-Quran sepenuhnya dan ini seterusnya akan melahirkan pemimpin yang baik di setiap peringkat di negara ini,” –  Pengerusi Majlis Tertinggi Muslim Bushenyi, Hassan Basajjabalaba 
  • “Sebagai orang Islam, kita perlu satu sama lain untuk pembangunan mampan. Sentiasa bermaafan antara satu sama lain, ikut ajaran agama Islam dan al-Quran; ini akan membimbing kamu tentang cara hidup bersama semua manusia di tengah-tengah cabaran.” – Pesuruhjaya kawasan pilihan raya Ankole dan Kigezi, Sheikh Kaduyu Mwesigye

BUSHENYI, 03 Januari 2022 – Penduduk Muslim, salah sebuah daerah di Barat Uganda menggesa kerajaan menekankan pengajian Islam sebagai sebuah mata pelajaran di sekolah.

Menurut masyarakat Muslim daerah Greater Bushenyi, ajaran Islam di sekolah Muslim kawasan itu semakin lenyap meskipun pengajian Islam dapat membantu untuk membesarkan kanak-kanak menjadi individu bertanggungjawab.

Seorang guru Sekolah Menengah Basajjabalaba mendedahkan punca kekurangan ajaran Islam adalah kerana mata pelajaran itu tidak mempunyai tenaga pengajar.

Dalam sebuah majlis angkat sumpah pemimpin Islam daerah berkenaan, Pengerusi Majlis Tertinggi Muslim Bushenyi, Hassan Basajjabalaba berkata, matlamat pengajian Islam adalah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran sara diri.

“Pengenalan semula pengajian Islam di sekolah akan membantu kita untuk mempunyai insan yang memahami al-Quran sepenuhnya dan ini seterusnya akan melahirkan pemimpin yang baik di setiap peringkat di negara ini,” ujar beliau.

Pada masa sama, Hassan juga menyatakan sokongannya terhadap pembinaan 15 buah masjid di daerah Muslim Bushenyi iaitu di Bushenyi, Rubirizi, Mitooma dan Buhweju.

Mengulas lanjut, Pesuruhjaya kawasan pilihan raya Ankole dan Kigezi, Sheikh Kaduyu Mwesigye meminta agar pemimpin bekerja keras dalam menyemarakkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk pembangunan.

Katanya, “Sebagai orang Islam, kita perlu satu sama lain untuk pembangunan mampan. Sentiasa bermaafan antara satu sama lain, ikut ajaran agama Islam dan al-Quran; ini akan membimbing kamu tentang cara hidup bersama semua manusia di tengah-tengah cabaran.”

Sumber: Samudera

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *