Antarabangsa
Paludan berikrar bakar al-Quran setiap Jumaat
Tidak sampai 24 jam selepas membakar 2 naskah al-Quran di sebuah masjid dan kedutaan Turkiye di Denmark, satu lagi tindakan provokatif dilakukan ahli politik berhaluan kanan Denmark, Rasmus Paludan.
- Tidak sampai 24 jam lepas bakar 2 naskah al-Quran di sebuah masjid dan kedutaan Turkiye di Denmark, satu lagi tindakan provokatif dilakukan ahli politik berhaluan kanan Denmark, Rasmus Paludan.
- Malah tindakan Rasmus kali ini dapat bantuan polis Denmark yang menutup jalan berhampiran, serta ambil langkah keselamatan ketat sekitar kawasan terbabit.
- Tindakkan itu hanya burukkan lagi keadaan, selepas Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan beri amaran tidak akan menyatakan sokongan terhadap Sweden untuk sertai blok itu.
COPENHAGEN: Tidak sampai 24 jam selepas membakar 2 naskah al-Quran di sebuah masjid dan kedutaan Turkiye di Denmark, satu lagi tindakan provokatif dilakukan ahli politik berhaluan kanan Denmark, Rasmus Paludan.
Senaskah lagi kitab suci al-quran dibakar di hadapan kedutaan rusia.
Ia selepas tindakkannya sebelum ini mendapat kecaman ahli seni bela diri campuran (MMA) kacukan Rusia-Sweden, Khamzat Chimaev yang menggelarnya ‘pengganas’.
Malah tindakan Rasmus kali ini mendapat bantuan polis Denmark yang menutup jalan berhampiran, serta mengambil langkah keselamatan ketat sekitar kawasan terbabit.
Rasmus dalam satu kenyataan berikrar akan membakar kitab suci umat Islam itu setiap Jumaat hingga Sweden diterima menjadi anggota NATO.
Bagaimanapun tindakkan itu hanya memburukkan lagi keadaan, selepas Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran tidak akan menyatakan sokongan terhadap Sweden untuk menyertai blok itu.
Namun, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg mengecam pendirian Erdogan, sebaliknya mempertahan penerimaan luas negara mereka terhadap kebebasan bersuara.
Sumber: Buletin TV3