Connect with us

Ekonomi

NGO gesa kerajaan selesai isu kos sara hidup

Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e-Hailing Malaysia mahu kerajaan segera mengotakan janji dalam menyelesaikan isu kos sara hidup serta meningkatkan pendapatan rakyat bawahan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

NGO gesa kerajaan selesai isu kos sara hidup
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Isu kenaikan harga barang sudah lama membelenggu kehidupan harian rakyat dan perlukan tindakan segera agar golongan berpendapatan rendah lebih terbela. – Pengerusi Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e-Hailing Malaysia, Jose Rizal
  • Kerajaan juga digesa menambah baik aplikasi teknologi digunakan sekarang pada teknologi terkini bagi lancarkan urusan kerajaan dan agensi di bawahnya.
  • “Peralihan ke arah digitalisasi perlu diperkemas dan diperkasakan, penterjemahan dan pentafsiran terhadap data-data tersedia wajib dikemaskini setiap masa dan di kongsi untuk tatapan semua.
  • “Kemudian, semua perkhidmatan awam harus juga tersedia dengan kemudahan masa hadapan seperti kenderaan elektrik untuk e-Hailing, teksi dan lain-lain,” katanya.

 

SHAH ALAM – Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e-Hailing Malaysia mahu kerajaan segera mengotakan janji dalam menyelesaikan isu kos sara hidup serta meningkatkan pendapatan rakyat bawahan.

Pengerusinya, Jose Rizal berkata, isu kenaikan harga barang sudah lama membelenggu kehidupan harian rakyat dan memerlukan tindakan segera agar golongan berpendapatan rendah lebih terbela.

Menurut Jose, pihaknya juga menggesa agar kerajaan menambah baik aplikasi teknologi digunakan sekarang kepada teknologi yang terkini bagi melancarkan urusan kerajaan dan agensi di bawahnya.

“Kerajaan harus bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan prasarana atau infrastruktur berteknologi tinggi.

“Peralihan ke arah digitalisasi perlu diperkemas dan diperkasakan, penterjemahan dan pentafsiran terhadap data-data tersedia wajib dikemaskini setiap masa dan di kongsi untuk tatapan semua.

“Data terbuka akan menjamin kelestarian ekosistem ekonomi mana-mana sektor juga,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Khamis.

Dalam pada itu, Jose berkata, fokus juga harus menjurus ke arah mengaplikasikan penggunaan teknologi hijau.

“Cadangan kami bahawa ianya harus di mulai dengan kerajaan sendiri di mana teknologi seperti solar, kenderaan elektrik wajib di jadikan sebagai kegunaan rasmi.

“Kemudian, semua perkhidmatan awam harus juga tersedia dengan kemudahan masa hadapan seperti kenderaan elektrik untuk e-Hailing, teksi dan lain-lain,” katanya.

Pada Rabu, kerajaan dilaporkan sedang merangka strategi baharu untuk menangani isu kos sara hidup antaranya mewujudkan rantaian bekalan makanan dalam negara dengan menggalakkan aktiviti pertanian bahan mentah yang boleh menggantikan sumber import seperti cili.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, antara agensi kerajaan sedang merangka strategi itu sebagai ‘quick win solution’ kepada isu kos sara hidup.

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *