Terkini
Jual beli arak bukan hanya bidang kuasa KPDN – Salahuddin
Operasi penjualan arak di negara ini bukan hanya terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
- Itu jawapan ringkas Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika ditanya mengenai cadangan larangan penjualan arak selepas jam 10 malam berbanding 24 jam ketika ini.
- Tanpa menjelaskan pihak terbabit dalam isu jual beli arak, Salahuddin berkata cadangan itu perlu diteliti terlebih dahulu.
- “Saya rasa itu bukan hanya bidang kuasa KPDN. Pandangan itu kita perlu perhaluskan dulu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.
PUTRAJAYA – Operasi penjualan arak di negara ini bukan hanya terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Itu jawapan ringkas Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika ditanya mengenai cadangan larangan penjualan arak selepas jam 10 malam berbanding 24 jam ketika ini.
Tanpa menjelaskan pihak terbabit dalam isu jual beli arak itu, Salahuddin berkata, cadangan terbabit perlu diteliti terlebih dahulu.
“Saya rasa itu bukan hanya bidang kuasa KPDN. Pandangan itu kita perlu perhaluskan dulu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai cadangan mengehadkan waktu jualan arak di premis 24 jam oleh Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao Krishnan Naidu seperti dilaporkan media sebelum ini.
Ramesh mencadangkan kerajaan melarang penjualan arak di premis 24 jam selepas 10 malam kerana pengambilan arak selepas waktu larut malam biasanya akan berlebihan, sekali gus menyebabkan risiko jenayah, pergaduhan dan kemalangan jalan raya.
Pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri itu berharap usaha berkenaan, jika dilaksanakan, akan meningkatkan lagi kualiti kehidupan semua lapisan masyarakat bagi menjalani kehidupan lebih sihat dan harmoni.
Cadangan itu menimbulkan perdebatan hangat di media sosial, khususnya di Twitter, dengan ada menyokong dan sebahagian menolak.
Difahamkan lesen penjualan arak juga terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) – The Merdeka Times.
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia