Connect with us

Terkini

Isteri dakwa beri PrEP percuma kepada homoseks tindas, bunuh maruah mereka

Seorang isteri yang bersuamikan individu daripada golongan biseksual mendakwa pemberian ubat PrEP secara percuma kepada pengamal..

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Isteri dakwa beri PrEP percuma kepada homoseks tindas, bunuh maruah mereka
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang isteri bersuamikan individu daripada golongan biseksual dakwa pemberian ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) secara percuma kepada pengamal homoseksual yang negatif HIV sebagai membunuh kebahagiaan dan maruah dirinya atau lebih tepat menindas golongan isteri.
  • Aktivis I-Medik Perak, Dr Nur Farrah Nadia Najib yang berkongsi luahan hati si isteri itu berkata sekiranya pemberian ubat PrEP secara percuma diteruskan, kita akan dapat menyaksikan situasi di mana orang lain yang ‘sakit’ tapi orang lain juga terpaksa makan ubat.
  • Beliau kongsikan kisah seorang wanita berusia pertengahan umur bersuamikan seorang lelaki pengamal seks songsang dan bagaimana si isteri ini terpaksa melalui kaunseling, ujian darah dan mengambil ubat PrEP angkara suaminya yang termasuk dalam golongan berisiko dijangkiti HIV dan penyakit kelamin lain.
  • “Betapa dunia ini berlaku kejam dan menzalimi wanita! Dan siapakah yang datang membela? Tiada. Siapa memperjuangkan nasib dirinya dan anaknya? Ada siapa peduli jika dia mendapat tekanan mental dan penyakit depression? Tiada.”

KUALA LUMPUR – Seorang isteri yang bersuamikan individu daripada golongan biseksual mendakwa pemberian ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) secara percuma kepada pengamal homoseksual yang negatif HIV sebagai membunuh kebahagiaan dan maruah dirinya atau lebih tepat menindas golongan isteri.

Aktivis I-Medik Perak, Dr Nur Farrah Nadia Najib yang berkongsi luahan hati si isteri itu berkata sekiranya pemberian ubat PrEP secara percuma diteruskan, kita akan dapat menyaksikan situasi di mana orang lain yang ‘sakit’ tapi orang lain juga terpaksa makan ubat.

Justeru, beliau kongsikan kisah seorang wanita yang berusia pertengahan umur bersuamikan seorang lelaki pengamal seks songsang dan bagaimana si isteri ini terpaksa melalui kaunseling, ujian darah dan mengambil ubat PrEP angkara suaminya yang termasuk dalam golongan berisiko dijangkiti HIV dan penyakit kelamin lain.

“Isteri tersebut telah menjalani sesi kaunseling, di mana kaunselor terlibat mengendalikan kem-kem motivasi untuk golongan elgibiti ini memberikan nasihat bahawa kes-kes yang telah beliau kendalikan secara umumnya mengambil masa tiga sehingga 10 tahun untuk berubah. 

“Kaunselor ini telah terlibat selama 12 tahun dengan kelompok ini dan telah mengendalikan pelbagai kes. Kenapa si isteri yang pergi jumpa kaunselor? Kerana suami enggan!” 

“Maka selepas ini, si isteri akan menjalani kehidupan dengan sesi kaunseling, ujian darah secara berkala dan ubat PrEP sepanjang hayatnya, yang mana pakar-pakar perubatan telah pun memberi amaran tentang kesan sampingan PrEP terhadap buah pinggang/hati dan sebagainya. 

“Orang lain yang ‘sakit’ orang lain pun kena makan ubat, begitulah lumrah kehidupan jika kita terus dengan keputusan pemberian PrEP secara percuma,” kata beliau dalam hantaran di Facebook, semalam.

Si isteri turut berkongsi kehidupan yang akan dilaluinya selepas ini  bukan lagi ‘hidup’ sebaliknya ia membunuh kebahagiaan, harapan dan maruah dirinya. 

Ketenangan si isteri sebaik selesai konsultasi, menyebabkan petugas di situ mengalirkan air mata dan merasakan betapa dunia ini sudah terbalik serta menzalimi golongan wanita berikutan lebih membela golongan bisekual atau homoseksual yang jelas mencari penyakit.

“Betapa dunia ini telah berlaku kejam dan menzalimi wanita! Dan siapakah yang datang membela? Tiada. Siapa yang memperjuangkan nasib dirinya dan anaknya? Ada siapa yang peduli jika dia mendapat tekanan mental dan penyakit depression? Tiada.

“Yang dibela adalah puak-puak biseksual atau homoseksual yang mencari penyakit. Yang dijaga mental puak-puak ini juga. Yang perlu diruntuhkan adalah institusi keluarga. Yang stabil itu yang perlu runtuh. Yang berisiko tinggi itu yang diangkat.

“Benarlah dunia telah terbalik! Justeru saya menyokong sepenuhnya usaha-usaha Dr Rafidah Hanim dan team atas kesungguhan dan penah lelahnya. 

“Semoga yang benar akan menang,” katanya yang turut mempersoalkan di manakah suara feminis yang lantang dengan konsep kesamarataan gender, membela nasib golongan wanita dan sebagainya namun kali ini kelihatan mendiamkan diri.

Katanya, sikap diam diri golongan tersebut seolah-oleh menunjukkan si isteri ini akan bahagia hanya dengan tidak dijangkiti HIV dari suaminya yang secara sembunyi mengambil PrEP pada masa sama bebas mengamalkan budaya hidup songsang di belakang si isteri.

Dalam pada itu, beliau menegaskan isu PrEP ini bukan sekadar melibatkan isu kesihatan semata-mata sebaliknya ia juga terkait permasalahan dalam agama namun sektor kesihatan seolah-olah melupakan bahawa manusia itu terdiri dari aspek mental, fizikal dan spiritual. 

Katanya, walaupun homoseksualiti dan sebagainya sudah berjaya dikeluarkan daripada  Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-IV) atau V seperti mana yang mereka inginkan namun isu elgibiti sendiri mempunyai komponen spiritual yang sangat besar malangnya ia diabaikan. 

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan dilaporkan akan melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.

Ubat PrEP secara percuma itu akan diberikan kepada golongan berisiko dijangkiti HIV, termasuk komuniti LGBT, di mana ia menimbulkan perdebatan di antara pengamal perubatan, terutama doktor Muslim. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Nadia Najib

 

 

 

Author