Terkini
Islam dilabel agama pengacau gara-gara JAIM tidak kompromi isu pelancong pakai bikini
Apabila kerajaan negeri Kedah nekad menutup kesemua premis perjudian dan loteri dikatakan memecah belahkan keharmonian kaum dan mencetuskan masalah sosial lain.
- Ketika The Merdeka Times meninjau ke ruangan komen di satu pemilik akaun Facebook, rata-rata netizen yang majoriti dari kaum Cina dan India mengkritik tindakan JAIM serta mulai menunjukkan sisi Islamofobik.
- Terdapat individu seolah memperlekehkan konsep Halal dipegang penganut agama Islam dengan nada sinis menulis komen, “Nanti depa buatkan satu set pakaian renang dengan chop halal, jual bagi pelancong…. lepas habis kerja, depa pi makan KFC ramai-ramai …..”
KUALA LUMPUR – Apabila kerajaan negeri Kedah nekad menutup kesemua premis perjudian dan loteri dikatakan memecah belahkan keharmonian kaum dan mencetuskan masalah sosial lain.
Ketika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pula, menegaskan pendirian bahawa jabatan itu tidak akan berkompromi isu pelancong berbikini di Pantai, mereka ini dilabel pula agama pengacau.
The Merdeka Times meninjau ke ruangan komen di satu pemilik akaun Facebook, rata-rata netizen yang majoriti dari kaum Cina dan India mengkritik tindakan JAIM serta mulai menunjukkan sisi Islamofobik.
Komen-komen berbentuk Islamofobik dari netizen seolah memperlihatkan golongan ini kurang sensitif dengan isu sebegini.
Malah, terdapat individu memperlekehkan konsep Halal yang dipegang oleh penganut agama Islam dengan nada sinis menulis komen, “Nanti depa buatkan satu set pakaian renang dengan chop halal, jual bagi pelancong…. lepas habis kerja, depa pi makan KFC ramai-ramai …..”
Antara komen-komen berbaur Islamofobik yang ditulis adalah seperti berikut:
Komen bebaur Islamofobik ini dicetuskan oleh peguam dan aktivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim menerusi hantaran di Facebook, pada Ahad.
“Ini pantai. Bukan Masjid. Ini bukan negara Taliban. Majlis Agama jangan nak tunjuk samseng. Tengok dulu kuasa awak dimana,” tulis beliau yang turut memuat naik link ke laman web portal Harian Metro bertajuk ‘JAIM tidak kompromi isu pelancong pakai bikini’.
Pada 1 Jan lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat menegaskan bahawa ini adalah yang pertama dan terakhir, jangan ulangi lagi (memakai pakaian mencolok mata) dan mereka tidak akan berkompromi.
Beliau menegaskan demikian ketika mengulas video tular sekumpulan pelancong warga asing berkelah sambil bermandi-manda di Pulau Besar dengan hanya mengenakan bikini tanpa mempedulikan pengunjung di situ, pada kejadian 25 Disember lalu.
Bagaimanapun katanya, JAIM tidak boleh mengambil tindakan terhadap pelancong itu kerana Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 hanya terpakai untuk orang Islam.
Sehubungan itu, JAIM akan mengambil langkah proaktif seperti mencadangkan MBMB untuk memasang lebih banyak papan tanda mengingatkan pelancong agar sentiasa berpakaian sopan dan tidak melakukan aktiviti bertentangan ajaran Islam di pulau terbabit. – The Merdeka Times
Sumber : Facebook Siti Kasim
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia