Connect with us

Terkini

Doktrin Struktur Asas bakal menggugurkan satu per satu jenayah syariah?

Satu per satu jenayah syariah akan jatuh jika dilihat daripada beberapa peristiwa yang disifatkan cubaan merealisasikannya, iaitu melalui isu Basic Structure Doctrine (BSD) atau Doktrin Struktur Asas dan kes Iki Putra Mubarak.

Hidayah Sani

Published

on

Doktrin Struktur Asas bakal menggugurkan satu per satu jenayah syariah?
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu per satu jenayah syariah akan jatuh jika dilihat daripada beberapa peristiwa disifatkan cubaan merealisasikannya, iaitu melalui isu Basic Structure Doctrine (BSD) atau Doktrin Struktur Asas dan kes Iki Putra Mubarak.
  • Kebimbangan itu diluahkan, peguam, Lukman Sheriff berikutan terdapat satu seminar peguam yang dimuat naik beliau di Facebook dengan dakwaan ia antara usaha yang dijalankan bagi menjatuhkan jenayah syariah dan semua enakmen.

KUALA LUMPUR – Satu per satu jenayah syariah akan jatuh jika dilihat daripada beberapa peristiwa yang disifatkan cubaan merealisasikannya, iaitu melalui isu Basic Structure Doctrine (BSD) atau Doktrin Struktur Asas dan kes Iki Putra Mubarak.

Kebimbangan itu diluahkan, peguam, Lukman Sheriff berikutan terdapat satu seminar peguam yang dimuat naik beliau di Facebook dengan dakwaan ia antara usaha yang dijalankan bagi menjatuhkan jenayah syariah dan semua enakmen.

Cuba tengok apa rancangan mereka. Training peguam untuk buat strategic litigation. Sebab usaha “strategik litigation” inilah, satu per satu jatuh. Dari BSD ke Iki Putra, satu per satu jenayah syariah akan jatuh. 

“Kalau enakmen jenayah Kelantan jatuh, semua enakmen bakal jatuh. Semua kesalahan syariah bakal dianggap “jenayah” yang hanya persekutuan ada bidang kuasa menggubal. 

“Negeri-negeri tiada hak lagi untuk bidang kuasa jenayah. Ini satu kemungkinan yang boleh menjadi realiti,” kata beliau di Facebook.

Bagaimanapun katanya, apa yang sedang mereka lakukan adalah hak mereka termasuk di mana ketika ini mereka mengadakan latihan untuk mencabar perkara ini di mahkamah kerana itu merupakan “legitimate right” mereka.

Namun, menurut  Lukman Sheriff, persoalan yang turut timbul adalah apakah yang patut dan boleh kita lakukan dalam hal sebegini?

Beliau juga menzahirkan kebimbangan apabila masih ramai yang tidak tahu kesan BSD dan cabaran kes-kes seperti ini ke atas bidang kuasa dan jenayah syariah.

“Ramai pada saya mesti dengar pembentangan saudara Yusfarizal sejarah kes-kes yang dicabar di mahkamah. 

“Setelah mendengar penerangan kami di salah satu seminar, seorang mengkiaskan bahawa mereka ini sebenarnya sudah lama menghantuk kepala di dinding tak kira sakit dan luka. 

“Setelah sekian lama mencuba, akhirnya baru-baru ini dinding sudah pun retak. Tepat kiasannya. Dinding ini bakal roboh saudaraku kalau kita alpa dan tidak berusaha menyusun strategi dan gerak langkah. 

“Kita sudah perlu susun gerakan kita,” kata beliau yang sebelum ini cukup lantang menolak BSD berikutan ia dilihat akan menyebabkan Mahkamah Syariah selama-lamanya menjadi satu tribunal rendah.

Malah, beliau sebelum ini juga berkata, BSD itu akan menyebabkan ketetapan mahkamah tidak boleh diubah, dipinda dan dibetulkan oleh Parlimen sekali gus menyaksikan rakyat akan terikat dengan ketetapan tersebut secara total tanpa mempunyai ruang untuk membetulkannya.

Isu BSD menjadi perdebatan dalam kalangan pelbagai pihak, apabila ia ditimbulkan semula oleh beberapa hakim Mahkamah Sivil yang banyak menjadikan BSD sebagai justifikasi dalam penghakiman kes-kes mereka.

Hal itu dinyatakan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, yang juga menjelaskan bahawa meskipun BSD banyak dijadikan justifikasi dalam kes Mahkamah Sivil, namun tidak wujud sebarang hitam putih dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia diimport dari India, sedangkan Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan Malaysia bersumberkan dua rujukan induk tertinggi iaitu al-Quran dan sunnah.

Datuk Zainul Rijal juga berkata, kegusaran orang Islam mula timbul berkenaan isu ini, berikutan Mahkamah Syariah seolah-olah tidak mempunyai kuasa menentukan beberapa isu dalam keislaman secara muktamad.

Menurutnya, hal itu kerana keabsahan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah berkenaan perkara berkaitan agama Islam kini boleh dicabar melalui Mahkamah Sivil, sedangkan fatwa dan isu-isu khusus memerlukan kepakaran dalam ilmu alat pengeluaran seperti usul fiqh, kemahiran tinggi dalam bahasa Arab dan ilmu al-Quran serta hadis.

Pada September lalu, Lukman Sheriff bersama peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Yusfarizal Yusoff, Aidil Khalid dan Badruzzaman Ishak melancarkan petisyen bantahan ke atas penggunaan ‘Basic Structure Doctrine’ (BSD) atau Doktrin Struktur Asas yang digunakan Mahkamah Persekutuan kebelakangan ini.

Sebelum ini, Iki Putra Mubarak didakwa di Mahkamah Syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat yang dilakukannya di Bangi.

Namun disebabkan tidak berpuas hati dengan pertuduhan itu, Iki Putra mencabar peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dengan mendakwa negeri atau Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal dan membicarakan kes jenayah liwat. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Lukman Sheriff

 

 

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending