Connect with us

Antarabangsa

Bangga ‘menghasut kebencian’, Penulis Perancis gelar dirinya ‘Islamofobia sambilan’

Penulis Perancis, Michel Houellebecq secara terang-terangan mengakui dengan sinis membenarkan dan mempromosikan wacana anti-Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bangga 'menghasut kebencian', Penulis Perancis gelar dirinya 'Islamofobia sambilan'
Foto: Michel Houellebecq.
  • Perancis didakwa bermasalah dengan Islam seperti dinyatakan penulis kontroversi negara itu, Michel Houellebecq yang mengakui dirinya ‘Islamofobia sambilan’.
  • Houellebecq memberi pandangan anti-Islam dalam perbualan baru-baru ini dengan Ahli Falsafah Perancis, Michel Onfray.
  • Disember lalu menyaksikan Masjid Besar Paris memfailkan aduan terhadapnya yang didakwa “menggerakkan wacana diskriminasi” dan “menghasut kebencian”.
  • Houellebecq juga pernah menghadapi tuduhan yang sama 20 tahun lalu atas alasan bahawa ceramahnya adalah “menghasut kebencian kaum”.

Rabat – Penulis Perancis, Michel Houellebecq secara terang-terangan mengakui dengan sinis membenarkan dan mempromosikan wacana anti-Islam.

Penulis itu berbangga menggelarkan diri sebagai ‘Islamofobia sambilan’ yang memberi pandangan anti-Islam dalam perbualan baru-baru ini dengan Ahli Falsafah Perancis, Michel Onfray.

Beliau juga mengakui Perancis bermasalah dengan Islam.

Disember lalu menyaksikan Masjid Besar Paris mengumumkan keputusannya untuk memfailkan aduan terhadap Houellebecq yang didakwa “menggerakkan wacana diskriminasi” dan “menghasut kebencian”.

Houellebecq pernah menghadapi tuduhan yang sama 20 tahun lalu atas alasan bahawa ceramahnya adalah “menghasut kebencian kaum”.

Tuduhan yang dihadapi dua dekad lalu “adalah bodoh,” tulisnya, sambil menambah: “Semua orang tahu bahawa Islam bukan satu kaum, tetapi agama dengan tuntutan universal”.

Di Perancis, dua tahun lalu menyaksikan percambahan kebimbangan serangan Islamofobia terhadap masjid dan tanah perkuburan Islam.

Pada April 2022, suspek tidak dikenali meninggalkan tag anti-Islam seperti “Islam membunuh” dan “Islam keluar dari Eropah” di dinding masjid di selatan bandar Aix-en-Provence.

Banyak masjid di seluruh Perancis mengalami kejadian serupa sejak dua tahun lalu, terutama semasa Pilihan Raya Presiden.

Sumber: Morocco World News

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *