Connect with us

Antarabangsa

Undang-undang mengesahkan LGBT dicabar di Mahkamah Tertinggi AS

Kes berkenaan seorang pereka laman web yang menolak untuk memberi perkhidmatan beliau terhadap perkahwinan sama jantina kini telah mendapat simpati daripada majoriti golongan konservatif bagi Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat (AS).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Undang-undang mengesahkan LGBT dicabar di Mahkamah Tertinggi AS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kes melibatkan pereka laman web, seorang Kristian Evangelis telah mewujudkan pertikaian hak-hak golongan LGBT dakwa hak kebebasan bersuara telah mengecualikan pihak-pihak tertentu daripada undang-undang anti-diskriminasi.
  • Isnin lalu, hakim mendengar hujah-hujah rayuan Lorie Smith, seorang ahli perniagaan tuntut pengecualian daripada undang-undang Colorado yang menghalang diskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan beberapa faktor lain.
  • Hak kebebasan bersuara dimaksudkan Smith itu termasuk hak untuk menzahirkan ketidaksetujuan mereka dalam mana-mana isu melalui karya-karya mereka.
  • Beliau percaya yang perkahwinan itu sepatutnya hanyalah melibatkan dua jantina yang berbeza.

AMERIKA SYARIKAT, 6 Dis 2022 – Kes berkenaan seorang pereka laman web yang menolak untuk memberi perkhidmatan beliau terhadap perkahwinan sama jantina kini telah mendapat simpati daripada majoriti golongan konservatif bagi Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat (AS).

Kes yang melibatkan pereka laman web, seorang Kristian Evangelis yang telah mewujudkan pertikaian bagi hak-hak golongan LGBT yang mendakwa hak kebebasan bersuara telah mengecualikan pihak-pihak tertentu daripada undang-undang anti-diskriminasi.

Pada Isnin lalu, para hakim telah mendengar hujah-hujah bagi rayuan Lorie Smith, seorang ahli perniagaan yang menuntut pengecualian daripada undang-undang Colorado yang menghalang diskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan beberapa faktor lain.

Smith yang menguruskan perniagaan rekaan laman web bernama 303 Creative telah berpendapat bahawa Akta Anti-Diskriminasi Colorado telah melanggar hak golongan artis, termasuklah pereka laman web untuk mengamalkan hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam ‘First Amendment’ pada Perlembagaan AS. 

Hak kebebasan bersuara yang dimaksudkan oleh Smith itu termasuklah hak bagi menzahirkan ketidaksetujuan mereka dalam mana-mana isu melalui karya-karya mereka.

Smith menyatakan bahawa beliau percaya yang perkahwinan itu sepatutnya hanyalah melibatkan dua jantina yang berbeza.

Pendirian Smith itu dilihat seperti telah menerima sokongan hakim-hakim yang konservatif, manakala hakim-hakim liberal pula cenderung terhadap hujah-hujah Colorado. Mahkamah kini mempunyai 6-3 majoriti bagi konservatif.

Sumber: Samudera

https://www.samudera.my/undang-undang-absahkan-lgbt-dicabar-di-mahkamah-tertinggi-as/

 

Author