Antarabangsa
Tampilkan kanak-kanak dengan patung berpakaian seks ganas, Balenciaga akhirnya mohon maaf
Jenama fesyen mewah Balenciaga memohon maaf susulan memaparkan gambar kanak-kanak memegang patung beruang yang dipakaikan aksesori seks ganas dalam iklan mereka minggu lalu, demikian lapor The Guardian.

- Jenama fesyen mewah Balenciaga memohon maaf menerusi hantaran Instagram susulan dikecam hebat kerana menampilkan kanak-kanak memegang patung beruang yang dipakaikan aksesori seks ganas dalam iklan mereka.
- “Kami mengutuk sekeras-kerasnya penderaan kanak-kanak; kami tidak pernah berniat untuk memasukkannya ke dalam naratif kami,” – Balenciaga.
- Mereka kini menarik semula iklan tersebut dan menyaman pereka dan penerbit iklan berkenaan.
Jenama fesyen mewah Balenciaga memohon maaf susulan memaparkan gambar kanak-kanak memegang patung beruang yang dipakaikan aksesori seks ganas dalam iklan mereka minggu lalu, demikian lapor The Guardian.
Permohonan maaf dibuat menerusi hantaran di Instagram itu menyebut, “Kami mengutuk sekeras-kerasnya penderaan kanak-kanak; kami tidak pernah berniat untuk memasukkannya ke dalam naratif kami.
“Balenciaga seikhlasnya mengulangi permohonan maaf atas kesalahan yang telah kami lakukan”.
Jenama itu mengakui ia adalah satu kesilapan besar dan mereka sedia bertanggungjawab dan kini menarik balik iklan kempen yang mencetuskan kritikan hebat atas talian serta tuntutan mahkamah sebanyak $25 juta (RM109.97 juta).
Dalam pada itu, laman web Business of Fashion membatalkan Anugerah Globalnya kerana pengarah kreatifnya, Demna, dimaklumkan tentang Iklan Balenciaga itu.
Dia menyifatkan imej itu sebagai tidak selari dengan nilai yang dibawa pemain industri fesyen.
Laman web itu turut melaporkan pihaknya telah menjemput Balenciaga untuk memberi penjelasan, namun ditolak.
Menurut Balenciaga, kesemua prop yang digunakan dalam sesi penggambaran iklan berkenaan disediakan pihak ketiga.
Syarikat itu kini menyaman Nicholas Des Jardins dan North Six, pereka dan penerbit iklan terbabit.
Sumber: The Guardian

You must be logged in to post a comment Login