Connect with us

Terkini

Selangor beri RM2 juta bantuan guaman percuma kes syariah

Inisiatif kerajaan negeri Selangor memberikan nasihat guaman secara percuma menerusi Dana Bantuan Guaman Selangor akan diperluaskan pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Selangor beri RM2 juta bantuan guaman percuma kes syariah
Foto: Datuk Seri Amirudin Shari.
  • Inisiatif kerajaan Selangor berikan nasihat guaman percuma menerusi Dana Bantuan Guaman Selangor diperluaskan tahun hadapan dengan peruntukan RM2 juta.
  • Inisiatif Dana Bantuan Guaman Selangor untuk bantu golongan kurang berkemampuan yang perlukan bantuan guaman agar keadilan golongan sering ditindas ini dibela. – Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari
  • “Kerajaan negeri uruskan program berkenaan bersama Selangor Bar yang majoriti kes berkaitan kekeluargaan dan isu melibatkan pekerjaan kepada rakyat Selangor terdiri dalam kategori B40 dengan peruntukan RM2 juta.”

SHAH ALAM – Inisiatif kerajaan negeri Selangor memberikan nasihat guaman secara percuma menerusi Dana Bantuan Guaman Selangor akan diperluaskan pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif Dana Bantuan Guaman Selangor itu khusus untuk membantu golongan kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan guaman agar keadilan golongan sering ditindas ini dibela.

Menurutnya, kerajaan negeri menguruskan program berkenaan bersama Selangor Bar yang majoriti kes berkaitan kekeluargaan dan isu melibatkan pekerjaan kepada rakyat Selangor terdiri dalam kategori B40 dengan peruntukan RM2 juta.

“Pada tahun 2023, inisiatif ini akan diperluas kepada isu melibatkan kes syariah yang berfungsi membantu menyelesaikan isu-isu kekeluargaan dan isu keganasan domestik, katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.

Sebagai rekod, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor menjadi kerajaan negeri pertama memperjuangkan nasib rakyat untuk mendapatkan akses guaman secara percuma melalui peruntukan dana di peringkat negeri.

Pada tahun ini, inisiatif kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Peguam Malaysia dan Majlis Peguam Selangor itu membabitkan peruntukan RM1 juta di bawah kelolaan Exco Kebajikan Masyarakat, V Ganabatirau.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author