Connect with us

Terkini

Ridhuan Tee, Ummi Nazeera, Shamrahayu dilantik ahli dewan tertinggi MN

Penyanyi pop lagenda Datuk Jamal Abdillah, pelakon Datuk Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN). 

Wartawan TMT

Published

on

Ridhuan Tee, Ummi Nazeera, Shamrahayu dilantik ahli dewan tertinggi MN
Foto: Tan Sri Annuar Musa, Ridhuan Tee, Shamrahayu, Ummi Nazeera.
  • Mereka adalah antara 30 individu dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN). 
  • Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik.
  • MN adalah NGO berdaftar di bawah RoS, bukan parti politik.
  • “MN ditubuhkan dengan objektif bentuk kerjasama mengembangkan naratif Islam dan bangsa Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.” – Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa 

 

Kuala Lumpur: Penyanyi pop lagenda Datuk Jamal Abdillah, pelakon Datuk Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN). 

Presiden MN Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu. 

Annuar berkata, MN adalah NGO berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) dan bukanlah parti politik.

Katanya, keahlian MN terbuka kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira agama, dan terkini ahli MN di seluruh negara sudah mencecah 20,000 orang.

“MN ditubuhkan dengan objektif membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan bangsa Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara. 

“MN juga mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan,” katanya pada sidang media di pejabat PN di sini, hari ini.

Anuar berkata, MN ditubuh berasaskan tiga prinsip iaitu kasih sayang, perpaduan dan hormat-menghormati yang berlandaskan nilai-nilai cintakan keamanan, kedamaian, muhibah dan perpaduan yang sejati.

Katanya, ia sesuatu yang perlu dipupuk dan disuburkan secara berterusan sehingga menjadi sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. 

“Selepas ini, kita akan mewujudkan pejabat perhubungan negeri bagi mereka yang mahu menggerakkan MN di negeri masing-masing,” katanya sambil menambah pendaftaran keahlian boleh dilakukan melalui pengisian borang fizikal atau secara dalam talian di muafakatnasional.org.my.

Individu lain yang menyertai MN dan dilantik Ahli Dewan Tertinggi adalah Kerabat Diraja Pahang, Datuk Seri Tengku Idris Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar; Tan Sri Noh Omar (Ketua Bahagian Umno Bahagian Tanjong Karang); Datuk Zuraida Kamaruddin (ahli Parti Bangsa Malaysia (PBM); Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar Ramanaidu (ahli PBM); Prof Datuk Dr Yahya Ibrahim (mantan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza); Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz (pakar perundangan dan perlembagaan); Prof Dr Mohd Redhuan Tee Abdullah (penceramah); Prof Dr Wan Azman Wan Sulaiman (Universiti Sains Malaysia); Datuk Seri Md Redzuan Mat Yusof (bekas menteri kabinet dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 

Sumber : Harian Metro

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending