Antarabangsa
Rejim Israel sekat kemasukan bekalan perubatan ke Gaza
Larangan negara pengganas Israel terhadap kemasukan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza meletakkan nyawa ratusan pesakit dalam bahaya.
- Larangan negara pengganas Israel terhadap kemasukan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza meletakkan nyawa ratusan pesakit dalam bahaya.
- Pihak berkuasa rejim Israel enggan membenarkan peralatan perubatan termasuk peranti diagnostik memasuki ke Gaza.
- “Kekurangan perkhidmatan perubatan meletakkan nyawa ratusan pesakit dalam bahaya,”- kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ibrahim Abbas.
GAZA, 2 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Larangan negara pengganas Israel terhadap kemasukan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza meletakkan nyawa ratusan pesakit dalam bahaya.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ibrahim Abbas berkata, pihak berkuasa Israel enggan membenarkan peralatan perubatan termasuk peranti diagnostik masuk ke Gaza.
“Kekurangan perkhidmatan perubatan meletakkan nyawa ratusan pesakit dalam bahaya,” katanya.
Beliau berkata larangan itu juga menyukarkan usaha untuk membaiki peranti perubatan kerana kekurangan alat ganti.
Susulan itu, Ibrahim menggesa masyarakat antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia segera campur tangan bagi menekan Israel supaya membenarkan kemasukan peralatan perubatan.
Tindakan itu perlu bagi menyelamatkan nyawa pesakit Palestin di Gaza.
Semenanjung Gaza yang juga rumah kepada 2.3 juta penduduk telah bergolak di bawah sekatan rejim Israel selama bertahun-tahun sejak 2007.
Ia menjejaskan kehidupan di wilayah itu dengan teruk. – Agensi
Sumber: Ismaweb