Connect with us

Terkini

Reformasi sektor pendidikan, menteri diminta rujuk guru, guna fakta dan data

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, perlu melaksanakan dua pendekatan sebelum melakukan reformasi dalam sektor pendidikan. 

Wartawan TMT

Published

on

Reformasi sektor pendidikan, menteri diminta rujuk guru, guna fakta dan data
Foto: Fadhlina Sidek.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, perlu melaksanakan dua pendekatan sebelum melakukan reformasi dalam sektor pendidikan. 
  • Pertama, adalah mendapatkan sebanyak maklumat mengenai rungutan, cadangan dan pandangan yang disampaikan guru untuk menjiwai hasrat golongan pendidik. 
  • Kedua, adalah membuat keputusan berdasarkan fakta dan data, bukannya mengendalikan sektor pendidikan dari kaca mata politik semata-mata.
  • Pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad, berkata Fadhlina tidak seharusnya merujuk pegawai di kementerian atau jabatan pendidikan di daerah dan negeri saja.
  • “Jika menteri tidak mendapatkan maklumat ini daripada guru, dikhuatiri beliau tidak dapat memahami, empati dan sokongan kumpulan pendidik,” katanya kepada BH.

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, perlu melaksanakan dua pendekatan sebelum melakukan reformasi dalam sektor pendidikan. 

Pendekatan pertama adalah mendapatkan sebanyak maklumat mengenai rungutan, kekecewaan, cadangan dan pandangan yang disampaikan guru untuk benar-benar menjiwai hasrat dan semangat golongan pendidik. 

Pendekatan kedua adalah membuat keputusan berdasarkan fakta dan data, bukannya mengendalikan sektor pendidikan dari kaca mata politik semata-mata.

Pakar pendidikan, yang juga Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, berkata Menteri Pendidikan tidak seharusnya mendapatkan cadangan dan pandangan daripada pegawai di kementerian atau jabatan pendidikan di daerah dan negeri saja, sebaliknya terus kepada kumpulan guru melalui wakil mereka.

“Jika menteri tidak mendapatkan maklumat ini daripada guru, dikhuatiri beliau tidak dapat memahami, empati dan sokongan kumpulan pendidik. 

“Saya faham penting juga menerima maklumat pegawai dan orang sekelilingnya, namun lebih penting dengan mengumpul pengalaman berdasarkan pandangan dan cadangan guru yang tidak diaturkan oleh kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri dan daerah.

“Dengan perbincangan dalam bentuk kumpulan dengan guru, saya percaya mereka dapat memberikan pandangan yang jujur dan ikhlas serta membenarkan proses semak dan imbang itu berlaku di kementerian,” katanya kepada BH. 

Pelantikan Ketua Wanita PKR itu yang pertama kali menjadi Ahli Parlimen sebagai Menteri Pendidikan mendapat pelbagai reaksi ramai, termasuk yang mengkritik pengalamannya dalam bidang berkenaan. 

Anuar berkata, beliau juga perlu membuat keputusan berdasarkan fakta dan data, bukannya mengendalikan sektor pendidikan dari kaca mata politik semata-mata. 

Katanya, apa saja asas pertimbangan perlu berdasarkan fakta dan data walaupun ia tidak popular dan tidak dapat menarik sokongan politik. 

“Apa yang penting keputusan yang dibuat perlu memberi implikasi kepada murid dan guru. Ini bukan soal untuk menang dalam politik tetapi keputusan dibuat perlu memberi kesan jangka panjang dan menjadikan murid cemerlang, hebat dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 

“Kualiti pendidikan juga perlu dalam keadaan yang baik dan ibu bapa gembira dengan kemenjadian anak-anak serta persekitaran sekolah yang menggembirakan,” katanya. 

Beliau turut menitipkan pesanan supaya Menteri Pendidikan terbabit tidak hanya menjadi pengurus untuk pentadbiran dan pengurusan sektor pendidikan, sebaliknya bertindak sebagai penentuan hala tuju pendidikan dan menyerapkan roh serta falsafah pendidik, hasrat dan misi serta visi pendidikan bertaraf dunia. 

“Saya percaya Fadhlina mampu membawa kepemimpinan dan pemikiran dalam pendidikan walaupun dikira orang baharu sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending