Connect with us

Antarabangsa

Ratusan penganut Kristian lari ke hutan berlindung dari pelampau anti-Kristian di India

Ratusan penganut Kristian di India terpaksa bersembunyi di dalam hutan selepas dihalau dari rumah mereka oleh gelombang keganasan anti-Kristian menjelang Krismas.

Wartawan TMT

Published

on

Ratusan penganut Kristian lari ke hutan berlindung dari pelampau anti-Kristian di India
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ratusan penganut Kristian di India terpaksa bersembunyi di dalam hutan selepas dihalau dari rumah mereka oleh gelombang keganasan anti-Kristian menjelang Krismas.
  • 20 kampung di daerah Narayanpur dan Kondagaon, negeri Chhattisgarh diserang nasionalis Hindu radikal Ahad lalu (18 Disember 2022) ketika penduduk sedang berkumpul untuk beribadat.
  • Penduduk kampung beragama Kristian menjadi sasaran penyerang selepas keengganan mereka memeluk agama Hindu. – International Christian Concern (ICC).
  • “Dengan matlamat untuk menjadikan India sebagai negara Hindu, mereka telah meluluskan undang-undang dan menguatkuasakan dasar yang menyasarkan penganut Kristian.” – Jeff King, Presiden ICC.

Ratusan penganut Kristian di India terpaksa bersembunyi di dalam hutan selepas dihalau dari rumah mereka oleh gelombang keganasan anti-Kristian menjelang Krismas.

Memetik laporan Christian Today, 20 kampung di daerah Narayanpur dan Kondagaon, negeri Chhattisgarh diserang nasionalis Hindu radikal Ahad lalu (18 Disember 2022) ketika penduduk sedang berkumpul untuk beribadat.

Ramai daripada mereka dihalau keluar dari kampung oleh perusuh, manakala sebahagian lagi  diserang dan ada yang dirampas harta bendanya.

Beberapa gereja dirosakkan dan sebuah gereja di salah satu kampung itu telah dirobohkan.

Sebahagian penduduk terpaksa dikejarkan ke hospital akibat tercedera dalam serangan itu.

Menurut International Christian Concern (ICC), penduduk kampung beragama Kristian menjadi sasaran penyerang selepas keengganan mereka memeluk agama Hindu.

Apabila beberapa penduduk kampung meminta bantuan polis, mereka hanya diberitahu untuk menjaga diri, kata kumpulan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu.

Seorang pemimpin gereja yang identitinya dirahsiakan atas faktor keselamatan memberitahu ICC, “Insiden ini telah mengejutkan seluruh masyarakat Kristian di negeri ini dan perkara yang menyedihkan ialah apabila orang yang berkuasa tidak peduli langsung untuk membantu”.

Tambahnya, serangan itu ‘mengimbau trauma lampau’ rusuhan anti-Kristian Kandhamal 2008 yang juga dilakukan nasionalis Hindu di mana 39 penganut Kristian terbunuh dan sekitar 4,000 rumah musnah.

Presiden ICC, Jeff King memberi amaran keselamatan penganut Kristian di India semakin terancam.

“Penganiayaan Kristian telah melonjak di India sejak Perdana Menteri Narendra Modi dan BJPnya (Parti Bharatiya Janta) mengambil alih kuasa pada 2014,” katanya.

“Dengan matlamat untuk menjadikan India sebagai negara Hindu, mereka telah meluluskan undang-undang dan menguatkuasakan dasar yang menyasarkan penganut Kristian.

“Serangan minggu ini adalah akibat permusuhan menyeluruh terhadap pengikut ajaran Kristus. Ia telah mewujudkan keadaan yang semakin berbahaya bagi penganut ini di India”.

Sumber: Christian Today

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Lebih 2,000 terbunuh di Lubnan akibat serangan Israel

Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
  • Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
  • “Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
  • “990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.

Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.

“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).

“990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.

“Jawatankuasa kecemasan kementerian akan bertanggungjawab menerima bantuan antarabangsa dan mengagihkannya kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal di seluruh wilayah, melalui mekanisme yang jelas dan telus,” kata menteri itu.

Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Lubnan terhadap apa yang didakwa rejim zionis itu sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September lalu, membunuh lebih 1,250 orang dan mencederakan 3,618 yang lain.

Kempen serangan udara itu adalah peningkatan dalam peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak permulaan tindakan genosid Tel Aviv di Gaza yang telah membunuh hampir 42,000 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan balas Hamas ke atas Israel tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending