Connect with us

Terkini

Polis siasat video nyanyi Negaraku, kibar Jalur Gemilang bersama bendera Israel

Polis menerima laporan mengenai satu klip video beberapa individu menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku sambil melihat bendera Malaysia, Jalur Gemilang dikibarkan bersama-sama dengan bendera Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Polis siasat video nyanyi Negaraku, kibar Jalur Gemilang bersama bendera Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan mengenai satu klip video beberapa individu menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku sambil melihat bendera Malaysia, Jalur Gemilang dikibarkan bersama-sama dengan bendera Israel.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood dalam kenyataannya di sini memaklumkan laporan mengenai video berdurasi 47 saat itu diterima kira-kira jam 11.20 malam tadi oleh seorang lelaki warga tempatan.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian di dalam video tersebut berlaku pada bulan September 2022 ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke sebuah negara bersama dengan agensi pelancongan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes telah disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis serta menggugat ketenteraman awam.

Tinjauan di laman media sosial agensi pelancongan itu mendapati kejadian berlaku di Tasik Galilee yang terletak di dalam kawasan jajahan Israel. 

Difahamkan, video itu ditularkan bagi mengaitkan insiden itu dengan isu Israel yang sedang panas di Malaysia sekarang. – The Merdeka Times

Author