Antarabangsa
Hukuman mati di khalayak ramai dikuat kuasakan semula di Afghanistan
Pelaksanaan hukuman mati di khalayak ramai oleh Taliban di Afghanistan berkuat kuasa semula semalam.
- Pelaksanaan hukuman mati di khalayak ramai oleh Taliban di Afghanistan berkuat kuasa semula semalam.
- Hukuman mati itu dilakukan dengan senapang oleh bapa mangsa bunuh di hadapan ratusan penonton, demikian menurut jurucakap tertinggi Emeriyah Islam Afghanistan, Zabihullah Mujahid.
- Pesalah, Tajmir dari wilayah Herat disabitkan bersalah membunuh seorang lelaki lima tahun lalu dan mencuri motosikal serta telefon bimbit mangsa.
- Hukuman mati itu menggambarkan ketegasan dasar Taliban selepas mengambil alih Afghanistan sejak Ogos 2021 selain pelaksanaan undang-undang syariah tegas mengikut inteprestasi kumpulan itu.
ISLAMABAD – Pelaksanaan hukuman mati di khalayak ramai oleh Taliban di Afghanistan berkuat kuasa semula semalam.
Tindakan itu menggambarkan ketegasan dasar Taliban yang menerajui Emeriyah Islam Afghanistan selepas mengambil alih negara itu sejak Ogos 2021 selain pelaksanaan undang-undang syariah tegas mengikut inteprestasi kumpulan itu.
Hukuman mati dilakukan dengan senapang oleh bapa mangsa pembunuhan, di wilayah barat Afghanistan di Farah di hadapan ratusan penonton, menurut jurucakap tertinggi Emeriyah Islam Afghanistan, Zabihullah Mujahid.
Ia “dibuat dengan sangat berhati-hati,” kata Mujahid, berikutan kelulusan tiga mahkamah tertinggi negara itu dan Pemimpin Tertinggi Taliban, Mullah Haibatullah Akhundzada.
Pelaku, Tajmir dari wilayah Herat, disabitkan bersalah membunuh seorang lelaki lima tahun lalu dan mencuri motosikal serta telefon bimbit mangsa.
Ramai lelaki warga Afghanistan hanya menggunakan satu nama dan si mati dikenali sebagai Mustafa dari wilayah jiran Farah.
“Pasukan keselamatan Taliban menahan suspek selepas keluarga si mati mendakwa Tajmir melakukan jenayah itu,” kata Mujahid dalam satu kenyataan seperti dipetik NPR.
Kenyataan itu berkata tiada tarikh bila penahanan itu berlaku dan suspek mengaku melakukan pembunuhan itu.
Merujuk kenyataan itu, Tajmir ditembak tiga kali oleh bapa mangsa kelmarin dengan senapang.
Sumber: NPR