Antarabangsa
Grup Whatsapp pelajar haluan kanan Hindu bincang bunuh umat Islam, kahwini wanita Muslim untuk dimurtadkan
Sebuah grup Whatsapp sayap pelajar parti berhaluan kanan Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP) didakwa mengadakan perbincangan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam di negara itu.
- Ruang sembang yang bocor itu dikatakan daripada kumpulan WhatsApp ABVP dari Delhi Technological University (DTU) dinamakan “ABVP DTU Freshers”.
- Tangkap layar perbualan itu menunjukkan beberapa ahli kumpulan bincang pembunuhan beramai-ramai umat Islam dan memurtadkan penganut agama itu secara besar-besaran.
- Ada ahli cadangkan wanita Islam dibeli atau diculik melalui “Bhagwa love jihad”.
- Ahli juga yang berpendapat Hindu Mahasabha atau kumpulan Hindutva sayap kanan yang lain harus memulakan kursus tentang “hebatnya berkahwin dengan gadis Islam dan menukar mereka kepada Hindu”.
NEW DELHI – Sebuah grup Whatsapp sayap pelajar parti berhaluan kanan Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP) didakwa mengadakan perbincangan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam di negara itu.
Ruang sembang yang bocor itu dikatakan membabitkan kumpulan WhatsApp Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (ABVP) dari Delhi Technological University (DTU) yang dinamakan sebagai “ABVP DTU Freshers”.
Vartha Bharati melaporkan tangkap layar perbualan grup Whatsapp itu menunjukkan beberapa ahli kumpulan itu membincangkan mengenai pembunuhan beramai-ramai umat Islam dan memurtadkan penganut agama itu secara besar-besaran.
Salah seorang ahli grup itu mencadangkan membuat letupan bom atau kemalangan lain di kawasan yang majoritinya dihuni komuniti Muslim untuk menghapuskan orang Islam.
Manakala seorang lagi mencadangkan wanita Islam dibeli atau diculik melalui “Bhagwa love jihad”.
Ahli lain pula mengatakan pembunuhan beramai-ramai atau pensterilan besar-besaran orang Islam harus dirancang dan dilakukan untuk membalas perbuatan masyarakat Islam.
Dia juga berpendapat Hindu Mahasabha atau kumpulan Hindutva sayap kanan yang lain harus memulakan kursus tentang “hebatnya berkahwin dengan gadis Islam dan menukar mereka kepada Hindu”.
Sumber : Vartha Bharati