Antarabangsa
Ahli parlimen BJP saran penganut Hindu di India simpan senjata, pisau di rumah untuk lindung diri
Seorang ahli parlimen Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi berkata penganut Hindu di India perlu menyimpan ‘senjata’ dan ‘pisau’ di rumah untuk melindungi diri mereka, demikian lapor Independent.

- Pragya Thakur, ahli parlimen Parti Bharatiya Janata (BJP) berkata penganut Hindu di India perlu menyimpan ‘senjata’ dan ‘pisau’ di rumah untuk melindungi diri mereka.
- “Jika seseorang menyusup masuk ke dalam rumah dan menyerang kita, kita berhak untuk bertindak balas terhadap mereka… Sama seperti cara pisau memotong sayur, ia juga mampu memotong mulut dan kepala,” – ahli parlimen BJP, Pragya Thakur.
- Komen itu menerima pelbagai reaksi pengulas dan juga ahli pembangkang tetapi belum ada sebarang kenyataan BJP lagi berhubung kenyataan ahli parlimennya itu.
Seorang ahli parlimen Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi berkata penganut Hindu di India perlu menyimpan ‘senjata’ dan ‘pisau’ di rumah untuk melindungi diri mereka, demikian lapor Independent.
Pragya Thakur, ahli parlimen dari bandar Bhopal, Madhya Pradesh itu berkata demikian ketika berucap pada konvensyen tahunan Wilayah Selatan Hindu Jagarana Vedike di Karnataka pada Ahad lalu.
“Simpan senjata di rumah anda, jika tidak ada yang lain, sekurang-kurangnya pisau untuk memotong sayur-sayuran, tajam…
“…Setiap orang berhak untuk melindungi diri,” kata Thakur dalam ucapannya.
“Jika seseorang menyusup masuk ke dalam rumah dan menyerang kita, kita berhak untuk bertindak balas terhadap mereka.
“Sama seperti cara pisau memotong sayur, ia juga mampu memotong mulut dan kepala,” katanya.
Komen itu menerima pelbagai reaksi daripada pengulas dan juga ahli pembangkang tetapi belum ada sebarang kenyataan daripada BJP lagi.
Ini bukan kali pertama Thakur dituduh membuat komen berbaur hasutan dan sentimen agama.
Ahli Parlimen wanita itu juga merupakan tertuduh utama dalam kes letupan bom 2008, namun diikat jamin atas alasan kesihatan.
Sumber: Independent
