Terkini
Afghanistan: Undang-undang syariah tidak melarang pendidikan ke atas wanita
Sesiapa yang membuat dakwaan bahawa undang-undang syariah melarang wanita daripada pendidikan adalah salah, kata Dr Yasir Qadhi.

- Sesiapa yang membuat dakwaan bahawa undang-undang syariah melarang wanita daripada pendidikan adalah salah, kata Dr Yasir Qadhi.
- Beliau berkata demikian selepas pemerintah Taliban di Afghanistan tidak mengendahkan permintaan ulama paling dihormati untuk membuka peluang belajar di universiti kepada kaum wanita.
- “Sungguh menyedihkan kuasa pemerintah di wilayah itu memutuskan untuk menutup semua pengajian tinggi untuk wanita.
- “Mendidik wanita bukanlah masalah, ia adalah sebahagian daripada penyelesaian dalam pembangunan dan kemajuan masyarakat. Hanya Allah yang Maha Pemberi Kejayaan,” katanya.
AMERIKA SYARIKAT – Sesiapa yang membuat dakwaan bahawa undang-undang syariah melarang wanita daripada pendidikan adalah salah, kata Dr Yasir Qadhi.
Yasir adalah penceramah dan Profesor Jabatan Pengajian Agama di Rodes College, Amerika Syarikat.
Beliau berkata demikian selepas pemerintah Taliban di Afghanistan tidak mengendahkan permintaan ulama paling dihormati Mufti Taqi Uthmani dari Pakistan untuk membuka peluang belajar di universiti kepada kaum wanita tidak diendahkan.
“Sungguh menyedihkan kuasa pemerintah di wilayah itu memutuskan untuk menutup semua pengajian tinggi untuk wanita.
“Saya menyuarakan sentimen Mufti Taqi Uthmani: kami tidak berpihak kepada Islamofobia dan menumpukan perhatian kepada isu ini untuk agenda jahat mereka.
“Bagaimanapun, saya kecewa untuk melihat video dan membaca kisah ramai saudara perempuan kita yang ingin belajar, namun telah kehilangan peluang itu,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau berkata jika terdapat isu berkaitan persekitaran atau kurikulum, ia boleh diatasi dengan langkah-langkah penyelesaian.
“Bukannya mewujudkan masalah yang lebih besar dengan menghentikan pendidikan kepada ibu, saudara perempuan dan anak perempuan,” katanya.
Mengakui bukan berasal dari wilayah berkenaan (Afghanistan), Yasir berkata beliau tidak boleh bercakap secara spesifik dan hanya boleh bercakap sebagai orang luar.
“Mendidik wanita bukanlah masalah, ia adalah sebahagian daripada penyelesaian dalam pembangunan dan kemajuan masyarakat. Hanya Allah yang Maha Pemberi Kejayaan,” katanya. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Yasir Qadhi
