Connect with us

Antarabangsa

Tukar kategori wanita, Transgender tercorot akhirnya menjadi juara rentas desa

Selepas menduduki tempat ke-72 dalam kategori lelaki, seorang pelajar transgender di Seattle Academy, Washington, Amerika Syarikat (AS), akhirnya memenangi acara merentas desa 5km kategori wanita setahun kemudiannya, demikian lapor Fox News.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tukar kategori wanita, Transgender tercorot akhirnya menjadi juara rentas desa
Foto: Tengah, Aspen Hoffman
  • Selepas menduduki tempat ke-72 dalam kategori lelaki, seorang pelajar transgender di Seattle Academy, Washington AS akhirnya memenangi acara merentas desa 5km kategori wanita setahun kemudiannya.
  • “(Pelajar itu) lebih besar daripada mana-mana gadis, dan tanpa segan silu mengambil tempat pertama di podium,” – Bapa kepada seorang pelajar wanita.
  • “Membenarkan (pelajar tersebut) bersaing dengan wanita tulen menyebabkan wanita lain kehilangan peluang untuk bersaing di negeri (yang merupakan masalah besar),” – Jurulatih.
  • Persatuan Olahraga Interskolastik Wisconsin (WIAA) memansuhkan semua syarat penilaian perubatan menyatakan atlet transgender boleh mengambil bahagian dalam mana-mana acara mengikut identiti jantina mereka.

 

Selepas menduduki tempat ke-72 dalam kategori lelaki, seorang pelajar transgender di Seattle Academy, Washington, Amerika Syarikat (AS), akhirnya memenangi acara merentas desa 5km kategori wanita setahun kemudiannya, demikian lapor Fox News.

 

Seorang jurulatih berkata, “membenarkan (pelajar itu) bersaing dengan wanita tulen menyebabkan wanita lain kehilangan peluang untuk bersaing di negeri (yang merupakan masalah besar),” katanya.

 

Jurulatih itu berkata pelajar tersebut sepatutnya menduduki tempat ke-56 jika dia bertanding dalam kategori lelaki.

 

“(Pelajar itu) lebih besar daripada mana-mana gadis dan tanpa segan silu mengambil tempat pertama di podium,” kata bapa salah seorang pelajar wanita yang turut bertanding.

 

Dia menambah, “Sekarang anak perempuan saya bersaing dengan lelaki untuk mendapatkan biasiswa. Dan kami tidak boleh berkata apa-apa. Anda tidak boleh menegur dengan cara yang baik tanpa dilabelkan sebagai fanatik yang penuh kebencian. Anda akan mendapat ancaman terhadap anda”.

 

Pada 2007, Persatuan Olahraga Interskolastik Wisconsin (WIAA) menerima pakai pendirian Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang golongan transgender boleh mengambil bahagian dalam sukan kategori jantina baharu mereka dengan syarat mereka menjalani pembedahan dan rawatan hormon sekurang-kurangnya dua tahun.

Sebelas tahun kemudiannya, persatuan itu mengemas kini pendiriannya mengatakan seorang pelajar lelaki yang mengubah jantina kepada perempuan mesti mempunyai dokumen perubatan setahun terapi penghalang testosteron untuk layak menyertai pasukan wanita.

WIAA bagaimanapun memansuhkan semua syarat penilaian perubatan menyatakan atlet boleh mengambil bahagian dalam mana-mana acara mengikut identiti jantina mereka.

Sumber: Fox News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *