Antarabangsa
Piala Dunia 2022: Wartawan Israel dipulaukan di Qatar
Peminat bola sepak Arab tidak mempedulikan wartawan Israel di kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 yang berlangsung di Qatar sejak Ahad lalu.

Peminat bola sepak Arab tidak mempedulikan wartawan Israel di kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 yang berlangsung di Qatar sejak Ahad lalu.
Video yang tular di media sosial itu menunjukkan beberapa peminat bola sepak cuba ditemubual wartawan Israel tetapi tidak dilayan.
View this post on Instagram
Pada awalnya mereka kelihatan berminat untuk ditemubual. Bagaimanapun, mereka langsung berlalu pergi sebaik sahaja wartawan memperkenalkan diri sebagai wartawan Israel.
Seorang peminat bola sepak dari Lubnan juga dilihat berlalu pergi bersama rakan-rakannya ketika ditemubual sambil berkata “Israel tidak wujud”, manakala seorang lagi berkata “Ia Palestin, bukan Israel”.
Ada juga di antara mereka yang mengibarkan bendera Palestin di belakang wartawan Israel ketika sedang bersiaran
Mereka berbuat demikian sebagai tanda bantahan terhadap keganasan rejim zionis Israel dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang ditindas rejim sejak 1948.
Sumber: Instagram Middle East Eye

You must be logged in to post a comment Login