Connect with us

Antarabangsa

Pensyarah digantung tugas selepas samakan pelajar Muslim dengan pengganas

Seorang pensyarah kolej di Karnataka digantung tugas kerana membandingkan seorang pelajar Islam dengan pengganas ketika kuliah minggu lalu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pensyarah digantung tugas selepas samakan pelajar Muslim dengan pengganas
Foto: Tangkap layar video pelajar membidas gurauan pensyarah yang menyamakannya dengan pengganas ketika sesi kuliah di Institut Teknologi Manipal, Udupi, India.
  • Pensyarah Institut Teknologi Manipal, Udupi digantung tugas gara-gara membandingkan seorang pelajar Muslim dengan pengganas.
  • Kejadian berlaku ketika sesi kuliah Jumaat lalu, apabila pensyarah itu membandingkan pelajar tersebut dengan seorang pengganas Pakistan dalam serangan Mumbai 26/11, Ajmal Kasab.
  • Video pelajar itu berang dan membidas gurauan pensyarah itu menjadi tular dan mengakibatkan institut itu mengambil tindakan menggantung tugas pensyarah itu sepanjang tempoh siasatan.

Seorang pensyarah kolej di Karnataka digantung tugas kerana membandingkan seorang pelajar Islam dengan pengganas ketika kuliah minggu lalu. 

Video pelajar itu membidas gurauan pensyarah itu tular di media sosial.

Perkara itu berlaku pada Jumaat lalu di Institut Teknologi Manipal, Udupi.

Memetik laporan NDTV, pensyarah itu bertanyakan nama pelajar itu dan sebaik sahaja mendengar nama seorang Muslim, dia berkata “Oh, kamu seperti Kasab”, merujuk kepada Ajmal Kasab, seorang pengganas Pakistan dalam serangan Mumbai 26/11 yang telah dijatuhi hukuman mati pada 2012.

Menerusi video tersebut, pelajar itu dilihat berang dan membidas gurauan pensyarahnya itu.

“26/11 itu tidak kelakar. Menjadi seorang Muslim di negara ini dan menghadapi semua ini setiap hari adalah tidak kelakar, tuan. Anda tidak boleh bergurau tentang agama saya, apatah lagi dengan cara yang menghina. Tidak kelakar tuan, tidak,” kata pelajar itu.

Pensyarah itu kemudian cuba memujuk pelajar itu dengan berkata, “Anda seperti anak saya”.

“Adakah anda akan bercakap dengan anak anda seperti itu? Adakah anda akan memanggilnya dengan nama pengganas?” kata pelajar itu.

Apabila pensyarah berkata “tidak”, pelajar itu menyambung, “Kalau begitu, bagaimana anda boleh memanggil saya seperti itu di hadapan ramai orang? Anda seorang profesional, anda sedang mengajar”.

Pensyarah itu kemudian berlalu pergi sambil mengucapkan maaf secara hambar.

Pelajar itu menjawab, “Maaf tidak mengubah cara anda berfikir atau bagaimana anda menggambarkan diri anda di sini”.

Selepas video itu tular, institut itu menggantung tugas pensyarah itu dan menjalankan siasatan, manakala pelajar itu juga diberi kaunseling.

“Institut telah memulakan siasatan ke atas kejadian itu dan kakitangan terbabit dihalang daripada mengajar di sebarang kuliah sehingga siasatan selesai. Kami ingin memaklumkan yang pihak institut tidak membenarkan kelakuan seperti ini dan insiden terpencil ini akan ditangani mengikut dasar yang ditetapkan,” demikian kenyataan institut itu.

Susulan itu, pelajar itu juga menghebahkan kenyataan menerusi kumpulan Whatsapp pelajar institut. 

Menurutnya, dia telah bertemu dengan pensyarah itu dan mendapati pensyarah itu benar-benar memaksudkan ucapan maafnya ketika kejadian.

Dia turut meminta agar pelajar lain tidak memperbesarkan hal itu lagi, selain berterima kasih kerana menyokongnya dalam hal itu.

Sumber: NDTV

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *