Terkini
Pemimpin berfikiran liberal wajib ditolak
Muslim wajib menolak ahli politik atau pemimpin yang membawa pemikiran liberal dan dilihat bercanggah dengan kerangka penilaian syarak.
- Ini berikutan mereka bercanggah dengan kerangka penilaian syarak, sedangkan isu hak asasi kemanusiaan telah lama diperjuangkan Islam melalui jalan tersendiri tanpa membelakangkan hak Allah SWT dan manusia.
- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 memutuskan aliran pemikiran liberal menyeleweng dari segenap aspek.
- Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, pada 17 Julai 2014 turut mengisytiharkan fatwa ideologi itu sesat dan menyeleweng.
- Desakan golongan ini yang memperjuangkan hak kebebasan LGBTQ dan menuntut kebebasan tidak menutup aurat serta menegakkan hak sama rata bagi kesemua agama adalah tipu daya atau fitnah yang lahir dari nafsu diri manusia.
- Peringatan itu dikeluarkan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
KUALA LUMPUR – Muslim wajib menolak ahli politik atau pemimpin yang membawa pemikiran liberal dan dilihat bercanggah dengan kerangka penilaian syarak.
Ini kerana isu hak asasi kemanusiaan, kononnya diperjuangkan kelompok liberal, telah lama diperjuangkan Islam melalui jalan tersendiri tanpa membelakangkan hak Allah SWT dan manusia.
Peringatan itu dikeluarkan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran di Facebooknya bertajuk “Menolak Calon Berfikiran Liberal” hari ini.
Beliau berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 hingga 27 Julai 2006 memutuskan aliran pemikiran liberal adalah menyeleweng dari segenap aspek.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, pada 17 Julai 2014 pula turut mengisytiharkan fatwa bahawa ideologi itu sebagai sesat dan menyeleweng.
“Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita bahawa akan muncul dalam kalangan umat ini pemimpin yang tidak berpegang kepada ajaran Rasulullah bahkan meninggalkan sunnah Rasulullah.
“Hari ini, telah tersebarnya pemikiran liberal yang secara zahirnya dilihat bukan sahaja mempertikaikan syariat Islam yang berteraskan sunnah Rasulullah, malah pemikiran ini turut mengajak manusia meninggalkan sunnah.
“Sekiranya terdapat ahli politik yang berpegang dengan pemikiran sebegini, kita tidak seharusnya mengangkat mereka sebagai pemimpin,” katanya.
Ahmad Sanusi berkata pemikiran liberal dalam beragama merosakkan kerangka pemikiran muslim.
“Mereka berusaha meleraikan ajaran Islam bermula dengan merungkai ikatan syarak terhadap cara hidup, kemudian mereka mempertikaikan pula hukum syarak sehinggalah kepada tahap mereka berusaha mengubah hukum syarak serta menolaknya dari muka bumi ini,” katanya.
Tambahnya, desakan golongan berfikiran songsang ini dalam memperjuangkan hak kebebasan LGBTQ dan menuntut kebebasan untuk tidak menutup aurat serta menegakkan hak sama rata bagi kesemua agama adalah tipu daya atau fitnah yang lahir dari nafsu diri manusia.
Merujuk kepada karya hadis Majma’ al-Zawaid, beliau berkata kebimbangan itu pernah disuarakan baginda Nabi, iaitu Sabda Rasulullah SAW;
“Sesungguhnya yang aku risaukan ke atas kamu adalah: nafsu-nafsu kamu yang keji yang lahir dari perut dan kemaluan kamu, serta tipu daya-tipu daya (yang menjerumuskanmu ke dalam) fitnah. (Dalam riwayat lain menyebut tipu daya-tipu daya (yang menjerumuskanmu ke dalam) hawa nafsu.)” – The Merdeka Times
Sumber : Facebook Dr Ahmad Sanusi
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia