Terkini
Masyarakat Semenanjung perlu belajar dari Sabah, Sarawak bentuk perpaduan
Masyarakat Semenanjung perlu belajar dari Sabah, Sarawak yang dapat meraikan kepelbagaian dalam sebuah negara majmuk.
- Masyarakat di Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu sewajarnya jadi model perpaduan buat penduduk semenanjung dalam meraikan kepelbagaian sebagai sebuah negara majmuk.
- “Ketika ada rakyat di Semenanjung masih memainkan isu perkauman antara dua bangsa, Melayu dan Cina. Borneo dengan puluhan etnik telahpun hidup secara harmoni dalam perbezaan yang ada.”
- Kenyataan itu dikeluarkan Husaif Mamat, menerusi hantaran di Instagram @paspusat hari ini.
KUALA LUMPUR – Masyarakat Semenanjung perlu belajar dari Sabah, Sarawak yang dapat meraikan kepelbagaian dalam sebuah negara majmuk.
“Ketika ada rakyat di Semenanjung yang masih memainkan isu perkauman antara dua bangsa, Melayu dan Cina. Borneo dengan puluhan etnik telahpun hidup secara harmoni dalam perbezaan yang ada.
Kenyataan itu dikeluarkan Husaif Mamat, menerusi hantaran di Instagram @paspusat hari ini.
“Fun fact, Borneo diduduki pelbagai kaum yang datang dari Brunei, Malaysia, Indonesia dan Filipina.
“Di Sabah sahaja terdapat 32 kumpulan etnik yang menggunakan lebih dari 50 bahasa dan mencecah 90 dialek.
“Pada tahun 1973, DUN Sabah telah meluluskan pindaan Perlembagaan Negeri Artikel 5(A) dengan menetapkan agama Islam sebagai Agama Negeri tanpa menghalang agama-agama lain diamalkan,” katanya.
Merujuk kepada semua fakta tersebut, beliau mengatakan walau bagaimanapun hari ini kita dapat menyaksikan rakyat Sabah kekal mengamalkan agama dan budaya masing-masing dengan bebas.
Malah, katanya di Kuching sendiri kita akan dapat menemui masjid, tokong dan gereja yang duduk berdekatan dengan kurang 500 meter antara satu sama lain.
“Dari kecil, mereka dibiasakan hidup bersama. Perkahwinan campur antara etnik juga tidak menjadi permasalahan bahkan telah menjadi satu ciri istimewa.
“Kepelbagaian ini adalah aset yang harus dibanggakan.
“Walaupun wujud jurang perbezaan dari segi etnik, bangsa dan agama, rakyat Borneo masih hidup bertoleransi serta bertolak ansur antara satu sama lain,” katanya yang menyeru agar kita mempelajari hal tersebut dari kawasan kepulauan itu.
Sumber : Instagram Paspusat