Antarabangsa
Kerajaan Britain gugur usaha merangka definisi rasmi Islamofobia
Kerajaan Britain mengugurkan usaha merangka definisi rasmi Islamofobia yang dijanjikan sejak tiga tahun lalu, ketika kebimbangan mengenai isu itu yang tidak diambil tindakan makin memuncak, demikian lapor The Independent.
- Kerajaan Britain mengugurkan usaha merangka definisi rasmi Islamofobia yang dijanjikan sejak tiga tahun lalu.
- Umat Islam adalah kumpulan yang sering disasarkan bagi jenayah kebencian agama di England dan Wales.
- Ahli Parlimen Buruh, Afzal Khan akan membahaskan mengapa perdana menteri tidak menjawab mana-mana suratnya mengenai ketaksuban itu selama dua tahun.
- Definisi formal bagi Islamofobia perlu untuk membantu mengukuhkan usaha memahami ketaksuban dan perpecahan di negara barat itu.
Kerajaan Britain mengugurkan usaha merangka definisi rasmi Islamofobia yang dijanjikan sejak tiga tahun lalu, ketika kebimbangan mengenai isu itu yang tidak diambil tindakan makin memuncak, demikian lapor The Independent.
Umat Islam adalah kumpulan yang sering disasarkan bagi jenayah kebencian agama di England dan Wales, manakala rentetan skandal berlaku mendedahkan kebencian anti-Muslim dalam Parti Konservatif.
Menteri-menteri akan ditanya mengenai isu itu di Parlimen pada Selasa yang menandakan bermulanya Bulan Kesedaran Islamofobia di United Kingdom.
Ahli Parlimen Buruh, Afzal Khan akan membangkitkan isu itu bagi bertanyakan mengapa perdana menteri tidak menjawab suratnya mengenai ketaksuban itu selama dua tahun.
“Tindakan yang kurang dilakukan daripada mereka sejak 2018, ditambah pula dengan dakwaan terkutuk dibuat Ahli Parlimen Konservatif Nusrat Ghani, semuanya menunjukkan bahawa mereka tidak mengambil serius berkenaan isu itu,” katanya kepada The Independent.
Pada Mei 2019, mendiang James Brokenshire yang juga setiausaha komuniti berkata, kerajaan akan menetapkan definisi Islamofobia.
“Untuk mendapatkan cengkaman yang lebih kukuh mengenai sifat ketaksuban dan perpecahan ini, kami bersetuju bahawa perlu ada definisi formal bagi Islamofobia untuk membantu mengukuhkan usaha kami menangani isu itu,” katanya.
Seorang penasihat dilantik bagi usaha itu, namun ia dihentikan selepas Boris Johnson menjadi perdana menteri dengan setiausaha komuniti semasa, Michael Gove pula menentang usaha memberikan definisi Islamofobia itu.
Sumber: Independent UK
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times