Connect with us

Antarabangsa

Kenapa tidak boleh guna tisu tandas cuci dubur

Seorang pakar bedah kolorektal (usus) dari Australia mendedahkan keburukan penggunaan tisu tandas untuk membersihkan najis. Dr Bradley Morris berkata mengelap sekitar kawasan dubur menggunakan tisu tandas “terlalu kuat” boleh mendatangkan kecederaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kenapa tidak boleh guna tisu tandas cuci dubur
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pakar bedah kolorektal dari Australia, Dr Bradley Morris berkata mengelap kawasan dubur menggunakan tisu tandas boleh mendatangkan kecederaan.
  • “Kebanyakan masalah kulit yang saya lihat di sekitar dubur adalah disebabkan menggosok dengan tisu secara berlebihan ketika membersihkan najis,” kata Morris.
  • “Saya tidak faham kenapa kita menggunakan kertas tandas untuk mengelap najis kerana ia boleh menyebabkan trauma pada kulit,” katanya.
  • Dr Morris mengajak orang ramai mengubah tabiat ini dengan mencuci najis menggunakan air bersih.

QUEENSLAND – Seorang pakar bedah kolorektal (usus) dari Australia mendedahkan keburukan penggunaan tisu tandas untuk membersihkan najis.

Dr Bradley Morris berkata mengelap sekitar kawasan dubur menggunakan tisu tandas “terlalu kuat” boleh mendatangkan kecederaan.

“Kebanyakan masalah kulit yang saya lihat di sekitar dubur adalah disebabkan menggosok dengan tisu secara berlebihan ketika membersihkan najis. 

“Ia sangat jarang disebabkan oleh masalah kebersihan kerana kawasan sulit itu sangat sensitif,” katanya dipetik portal news.com.au. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang pendengar ‘podcast’ tentang sama ada “berbahaya” untuk mengelap kawasan dubur terlalu kuat menggunakan kertas tisu.

Dr Morris menyeru orang ramai untuk mengubah tabiat ini kepada budaya mencuci najis dengan air bersih.

“Saya tidak faham kenapa kita menggunakan kertas tandas untuk mengelap najis kerana ia boleh menyebabkan trauma pada kulit.

“Jadi saya fikir kita perlu mengubah budaya apa yang kita lakukan dan menggunakan air untuk mencuci najis,” katanya.

Beliau juga melarang orang ramai duduk di atas mangkuk tandas terlalu lama yang akan menyebabkan koyakan pada saluran dubur.

“Jadi semua perkara ini benar-benar akan memberi tekanan yang lebih tinggi pada kolon,” katanya.

Sumber: News.com.au

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *