Connect with us

Antarabangsa

Ahli akademik Britain dakwa Jesus mungkin transgender

Seorang dekan Universiti Cambridge mendakwa bahawa Jesus Christ mungkin transgender. Menurut laporan The Blaze, dakwaan itu dibuat Dr Michael Banner, dekan Kolej Trinity iaitu sebuah kolej konstituen Universiti Cambridge.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ahli akademik Britain dakwa Jesus mungkin transgender
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dr Michael Banner, dekan Kolej Trinity, Universiti Cambridge mendakwa Jesus Christ mungkin transgender.
  • Dia bersama seorang penyelidik junior, Joshua Heath, membuat dakwaan itu dalam satu khutbah di gereja kecil Kolej Trinity pada 20 November lalu.
  • Heath merujuk lukisan Pietà karya Jean Malouel pada tahun 1400 sebagai bukti Jesus adalah transgender berdasarkan darah dari luka tikaman di dada yang mengalir ke pangkal pahanya dan menampakkan alat sulitnya.
  • Dia turut menyimpulkan tubuh Jesus dalam lukisan itu mempunyai kedua-dua ciri maskulin dan feminin.

Seorang dekan Universiti Cambridge mendakwa bahawa Jesus Christ mungkin transgender.

Menurut laporan The Blaze, dakwaan itu dibuat Dr Michael Banner, dekan Kolej Trinity iaitu sebuah kolej konstituen Universiti Cambridge.

Banner mengisytiharkan ‘kesahihan’ dakwaan itu dalam khutbah pada 20 November lalu ketika berlangsungnya acara ibadah di gereja kecil Kolej Trinity.

Joshua Heath, seorang penyelidik junior, mempamerkan tiga lukisan penyaliban Jesus Christ.

Heath merujuk lukisan Pietà karya Jean Malouel pada tahun 1400 sebagai bukti Jesus adalah transgender berdasarkan darah dari luka tikaman di dada yang mengalir ke pangkal pahanya dan menampakkan alat sulitnya.

Heath juga memberitahu jemaah bahawa dalam Prayer Book of Bonne of Luxembourg, dari kurun ke-14, luka sebelah itu adalah terasing dan menampakkan faraj yang jelas.

Lukisan Pietà karya Jean Malouel, tahun 1400

Lukisan Pietà karya Jean Malouel, tahun 1400

Mengakhiri khutbah, dia menyimpulkan tubuh badan Jesus juga adalah badan transgender, kerana lukisan-lukisan itu menggambarkan kedua-dua ciri fizikal maskulin dan feminin.

Susulan itu, seorang jemaah bertindak meninggalkan sesi khutbah itu sambil berteriak, “Sesat!”.

Seorang lagi ahli jemaah yang enggan dikenali menghantar satu surat aduan ke atas Banner.

“Saya menangis ketika meninggalkan gereja. Anda menawarkan untuk bercakap dengan saya selepas itu, tetapi saya terlalu tertekan,” kata jemaah itu. 

“Saya mengutuk sekerasnya idea yang memotong lubang pada seorang lelaki, yang melaluinya dia boleh ditembusi, dia boleh menjadi seorang wanita,” katanya.

“Saya mengutuk sekerasnya apabila gambaran sedemikian digunakan kepada Tuhan kita, dari mimbar, di Evensong,” katanya individu itu sambil menyambung, “saya mengutuk tanggapan yang kami dijemput untuk merenungkan kesyahidan ‘trans Christ’, bidaah baru untuk zaman kita.”

Jemaah itu turut memaklumkan khutbah Banner dan Heath yang mengejutkan itu membuatkan ramai jemaah berasa tidak selesa, terutamanya kanak-kanak.

Sumber: The Blaze

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *