Connect with us

Terkini

Tolak kluster mahkamah, Syed Saddiq diminta berundur bertanding PRU-15 – Netizen

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta berundur dari bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU-15).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Puti Iylia Maisarah

Published

on

Tolak kluster mahkamah, Syed Saddiq diminta berundur bertanding PRU-15 - Netizen
  • Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq diminta berundur dari dicalonkan bertanding PRU-15.
  • Rata-rata reaksi netizen menzahirkan kekecewaan ekoran pemimpin muda itu terpalit dalam kes mahkamah.
  • “Boleh dah pimpinan Muda sendiri nasihatkan SS berehat sementara fokus pada kes.
  • “Syed Saddiq is another kluster mahkamah, Muda-muda & baru lagi masuk politik dah kena bela diri dekat mahkamah pasal kes pecah amanah,  Ini ke kualiti pemimpin MUDA?,” – Netizen.

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta berundur dari bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU-15).

Ia susulan Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan beliau membela diri atas empat tuduhan dikenakan terhadapnya selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Berdasarkan tinjauan The Merdeka Times di media sosial, rata-rata reaksi netizen menzahirkan kekecewaan ekoran pemimpin muda itu terpalit dalam kes mahkamah sehingga ada yang menggunakan tanda pagar #TolakKlusterMahkamah.

“Boleh dah pimpinan Muda sendiri nasihatkan SS berehat sementara fokus pada kes.

“Pimpinan PH perlu nilai kembali kerjasama bersama Muda. kes ini beri kesan kepada perjalanan kempen PRU15 seterusnya ke Putrajaya. Boleh dianggap liabiliti kepada PH,” kata pengguna Twitter @mhmz89.

Netizen turut meminta penyandang kerusi Parlimen Muar itu ditukar dengan individu atau calon lebih berkredibiliti.

Sikit-sikit dah la team Syed Saddiq. Lagi banyak bersuara, lagi orang sangsi la. Better cari pengganti untuk seat Muar cepat. Selesaikan kes dulu. Lagi 5 tahun boleh masuk balik jadi calon,” kata pengguna Twitter A_IMtweets.

Sehubungan itu, ada juga segelintir warga maya mempersoalkan dan tidak mempercayai kepimpinan Presiden Muda itu susulan perbicaraan kes berkenaan membabitkan kes pecah amanah. 

Menurut pengguna Twitter @hafizhasim69, “Syed Saddiq is another kluster mahkamah, Muda-muda & baru lagi masuk politik dah kena bela diri dekat mahkamah pasal kes pecah amanah. Ini ke kualiti pemimpin MUDA? Presiden parti pula tu,” katanya. 

Mahkamah Tinggi hari ini memerintah Syed Saddiq atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Mengikut pertuduhan, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah Amanah.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram.

Perbicaraan membela diri Syed Saddiq  akan bermula pada 22 Februari tahun depan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *