Antarabangsa
Qatar nafi dakwaan LGBT dilayan teruk, minta semua pihak hormati budaya setempat
Human Rights Watch (HRW) mendakwa pasukan keselamatan di Qatar menahan dan mendera kelompok LGBT di negara itu, baru-baru ini, menjelang Piala Dunia 2022, demikian lapor Reuters.
- Human Rights Watch (HRW) mendakwa pasukan keselamatan di Qatar menahan dan mendera kelompok LGBT di negara itu, baru-baru ini, menjelang Piala Dunia 2022 bermula 20 November depan.
- Homoseksualiti adalah menyalahi undang-undang di Qatar, sekali gus menimbulkan kebimbangan beberapa bintang bola sepak mengenai hak kelompok LGBT melancong ke negara itu untuk menonton Piala Dunia 2022.
- Menurut kenyataan rasmi Qatar, dakwaan badan hak asasi itu mengandungi ‘maklumat yang secara mutlak dan jelas palsu’ tanpa memberi sebarang perincian lanjut.
- Qatar selaku penganjur Piala Dunia 2022 bermula 20 November depan mengalu-alukan kedatangan semua penonton tanpa mengira kira orientasi seksual atau latar belakang mereka sambil meminta pihak terbabit menghormati budaya setempat.
DOHA – Human Rights Watch (HRW) mendakwa pasukan keselamatan di Qatar menahan dan mendera kelompok LGBT di negara itu, baru-baru ini, menjelang Piala Dunia 2022, demikian lapor Reuters.
Homoseksualiti menyalahi undang-undang di Qatar, sekali gus menimbulkan kebimbangan beberapa bintang bola sepak mengenai hak kelompok LGBT melancong ke negara itu untuk menonton Piala Dunia 2022.
HRW mendakwa undang-undang di Qatar mendiskriminasi kelompok LGBT.
Menurut kenyataan rasmi Qatar, dakwaan badan hak asasi itu mengandungi ‘maklumat yang secara mutlak dan jelas palsu’ tanpa memberi sebarang perincian lanjut.
Qatar selaku penganjur Piala Dunia 2022 bermula 20 November depan mengalu-alukan kedatangan semua penonton tanpa mengira kira orientasi seksual atau latar belakang mereka sambil meminta pihak terbabit menghormati budaya setempat.
“Kebebasan bersuara dan tanpa diskriminasi berdasarkan orientasi seksual serta identiti jantina harus dijamin secara kekal untuk semua rakyat Qatar, bukan hanya penonton yang pergi menonton Piala Dunia 2022,” kata kenyataan HRW.
HRW menemu bual enam individu LGBT di Qatar, termasuk empat wanita transgender, seorang wanita biseksual dan seorang lelaki gay di mana mereka dilaporkan ditahan antara 2019 dan 2022 serta didera secara lisan dan fizikal, termasuk ditendang dan ditumbuk.
HRW berkata mereka ditahan tanpa sebarang dakwaan di penjara bawah tanah di Doha di mana seorang darinya dipenjara selama dua bulan dalam kurungan bersendirian.
“Keenam-enamnya berkata polis memaksa mereka menandatangani ikrar yang menunjukkan mereka akan ‘menghentikan aktiviti tidak bermoral’,” kata HRW.
HRW berkata transgender wanita pula diwajibkan menjalani sesi terapi di klinik yang ditaja kerajaan untuk kembali kepada fitrah asal mereka.
Sumber: Reuters