Connect with us

Terkini

Perjuangan belum tamat, masih ada ‘tangan’ yang menekan dan perlu disingkirkan – Cikgu Fadli

Guru matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh menyifatkan perjuangan beliau masih belum selesai meskipun Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskannya tidak bersalah dan tiada sebarang tindakan tatatertib diambil.

Wartawan TMT

Published

on

Perjuangan belum tamat, masih ada ‘tangan’ yang menekan dan perlu disingkirkan - Cikgu Fadli
Foto: Guru matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh.
  • Guru matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh menyifatkan perjuangan beliau masih belum selesai meskipun Lembaga Tatatertib KPM putuskannya tidak bersalah dan tiada sebarang tindakan tatatertib diambil.
  • Fokus utama adalah ada kelemahan dan kerosakan dalam sistem pendidikan.
  • “Kelemahan ini kita sangat berharap diubah. Ada tindakan susulan daripada kes viralnya saya ni, ada tindakan, ada perubahan ke arah kebaikan. Itu je saya nak. Saya nak generasi kita, anak-anak kita dapat hak mereka. Pendidikan kita lebih berkualiti.”
  • Sukar lakukan perubahan selagi sebahagian mereka punyai kuasa menekan bawahan supaya meneruskan budaya tidak sihat.
  • “Tangan ini masih wujud di atas sana dan mereka perlu disingkirkan daripada sistem. Minta mereka bersara awal. Lantik mereka berintegriti. Perjuangan saya di situ, bukannya untuk dapat jadi cikgu balik atau didapati tidak salah.”

SHAH ALAM – Guru matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh menyifatkan perjuangan beliau masih belum selesai meskipun Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskannya tidak bersalah dan tiada sebarang tindakan tatatertib diambil.

Menurutnya, sebagaimana ditegaskan sebelum ini, apa pun keputusan yang dibuat KPM terhadap dirinya bukan fokus utama sebaliknya perlu tertumpu kepada kelemahan sistem pendidikan yang perlu diperbaiki.

“Sama ada saya dikatakan bersalah atau tidak, itu nombor dua. Kalau tak bersalah alhamdulillah rezeki seperti mana dah terbukti tak salah. Alhamdulillah rezeki.

“Namun yang pertama, tolong jangan lari pada fokus. Fokusnya apa? Fokusnya ada kelemahan dan kerosakan dalam sistem kita bukan saja sistem pendidikan sahaja tapi saya fokus pada pendidikanlah sebab saya dalam pendidikan.

“Kelemahan ini kita sangat berharap diubah. Ada tindakan susulan daripada kes viralnya saya ni, ada tindakan, ada perubahan yang ke arah kebaikan. Itu je yang saya nak. Saya bukan nak apa-apa. Saya nak generasi kita, anak-anak kita dapat hak mereka. pendidikan kita lebih berkualiti,” katanya menerusi siaran secara langsung di Facebooknya pada Selasa.

Tambah beliau, sukar untuk melakukan perubahan selagi terdapat sebahagian mereka yang mempunyai kuasa menekan bawahan supaya meneruskan budaya yang tidak sihat.

“Surat itu tak sepatutnya sampai kerana tak setimpal dengan kesalahan. Ia tak masuk akal melainkan ada tangan ghaib yang mampu mempengaruhi yang benar-benar berkuasa mampu mempengaruhi untuk keluarkan.

“Tangan ini masih wujud di atas sana dan mereka perlu disingkirkan daripada sistem. Minta mereka bersara awal. Lantik mereka yang berintegriti. Itu tujuan saya. Perjuangan saya di situ. Perjuangan saya bukan untuk dapat jadi cikgu balik atau didapati tidak salah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menzahirkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada lembaga tatatertib yang bersidang dengan jujur dan amanah.

Menerusi hantaran di Facebook sebelum itu, beliau meminta agar mana-mana pihak yang menyebarkan surat keputusan lembaga tatatertib KPM menarik balik gambar surat berkenaan kerana merupakan dokumen sulit.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending