Connect with us

Antarabangsa

Enggan nyanyi lagu puji pemimpin, gadis remaja Iran dipukul hingga maut

Seorang gadis remaja meninggal dunia di barat laut Iran minggu lalu akibat dipukul pasukan keselamatan dalam satu serbuan di sekolahnya, dakwa kesatuan guru Ardabil.

Wartawan TMT

Published

on

Enggan nyanyi lagu puji pemimpin, gadis remaja Iran dipukul hingga maut
Foto: Mangsa, Asra Panahi, 15.
  • Mangsa, Asra Panahi, 15, didakwa meninggal dunia akibat diserang pasukan keselamatan di sekolahnya minggu lalu.
  • Kesatuan guru Ardabil mendakwa mangsa bersama pelajar Sekolah Menengah Shahed di Ardabil, barat laut Iran, dipaksa menyanyikan lagu memuji pemimpin tertinggi negara dalam satu acara di sekolah terbabit.
  • Keengganan pelajar berbuat demikian dan melaungkan kata-kata menentang kerajaan didakwa mendorong pasukan keselamatan memukul mereka.
  • Asra merupakan antara tujuh pelajar dilaporkan cedera, dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia kemudiannya.
  • Pihak berkuasa tempatan menafikan dakwaan itu, media tempatan pula melaporkan Asra meninggal akibat masalah jantung.

Seorang gadis remaja meninggal dunia di barat laut Iran minggu lalu akibat dipukul pasukan keselamatan dalam satu serbuan di sekolahnya, dakwa kesatuan guru Ardabil.

Mangsa, Asra Panahi, 15, adalah salah seorang daripada beberapa pelajar yang cedera dalam insiden di Ardabil, kata kesatuan guru itu dalam kenyataan yang dipetik BBC.

Kenyataan kesatuan guru itu mendakwa serangan berlaku gara-gara pelajar enggan menyanyikan lagu yang memuji pemimpin tertinggi Iran.

Pasukan keselamatan berkenaan memaksa pelajar perempuan di Sekolah Menengah Shahed di Ardabil untuk menyertai acara pro-kerajaan pada Rabu, yang seterusnya memaksa mereka menyanyikan lagu yang memuji pemimpin tertinggi kerajaan itu.

Bagaimanapun, pelajar mula melaungkan kata-kata menentang kerajaan yang mendorong anggota keselamatan berpakaian biasa memukul mereka.

Selepas pelajar kembali ke kelas masing-masing, anggota keselamatan berkenaan kembali menyerbu sekolah itu dan memukul mereka lagi. Tujuh pelajar dilaporkan cedera, manakala 10 ditahan.

Asra Panahi antara pelajar cedera dalam insiden itu, dihantar ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Pihak berkuasa tempatan menafikan dakwaan kesatuan guru itu, manakala media tempatan melaporkan Asra meninggal akibat masalah jantung.

Sejak berlakunya protes anti kerajaan di negara itu bulan lalu, sejumlah gadis remaja dilaporkan terkorban. 

Kumpulan aktivis dan keluarga mangsa-mangsa mendakwa pasukan keselamatan bertanggungjawab di atas kematian itu yang dinafikan pihak berkuasa Iran.

Sumber: BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending