Connect with us

Antarabangsa

Empat daripada 10 pastor/paderi ketagih bahan lucah – Pastoral Care Inc

Ketagihan terhadap sesuatu perkara buruk itu boleh dialami semua orang dan tiada siapa terkecuali dari risiko untuk ketagih terhadap sesuatu, termasuk ahli agama, demikian menurut artikel Pastoral Care Inc. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Empat daripada 10 pastor/paderi ketagih bahan lucah - Pastoral Care Inc
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Empat daripada 10 pastor/paderi ketagih bahan lucah, demikian menurut data Pastoral Care Inc.
  • Ketagihan makanan dan obesiti adalah masalah kesihatan nombor satu dalam kalangan mereka.
  • Ramai pastor/paderi ketagih dadah, ubat-ubatan dan judi akibat tekanan hidup.
  • 90 peratus pastor/paderi adalah ‘workaholics’ (gila kerja) yang bekerja selama 55 hingga 75 jam seminggu.

Ketagihan terhadap sesuatu perkara buruk itu boleh dialami semua orang dan tiada siapa terkecuali dari risiko untuk ketagih terhadap sesuatu, termasuk ahli agama, demikian menurut artikel Pastoral Care Inc. 

Di gereja-gereja Kristian di Amerika Syarikat (AS), ramai individu dari kalangan jemaah dan juga paderi sendiri mengakui masalah ini secara terbuka. Mereka cuba menangani masalah nyata dianggap merbahaya ini.

Golongan agamawan seperti paderi/pastor juga tidak kebal dari ketagihan terhadap pelbagai perkara seperti bahan lucah, makanan, preskripsi ubat-ubatan, dadah, judi, menjadi seorang yang gila kerja dan sebagainya.

Menurut data dalam artikel Pastoral Care Inc, empat daripada 10 pastor/paderi ketagih dengan bahan lucah. 

Ketagihan makanan dan obesiti pula merupakan masalah kesihatan nombor satu dalam kalangan mereka. 

Ramai juga pastor/paderi yang menjadi ketagih kepada preskripsi ubat-ubatan, penyalahgunaan dadah, perjudian sebagai cara untuk melarikan diri dari tekanan dan realiti. 

Dalam pada itu, 90 peratus pastor/paderi adalah ‘workaholics’ (gila kerja) yang bekerja selama 55 hingga 75 jam seminggu.

Mereka sering bertemu sesama sendiri untuk mencari kepuasan dan mengasingkan diri, dan itu sangat berbahaya. 

Apabila mereka jauh dari orang ramai, mereka mula berkeinginan untuk membuat perkara-perkara “memuaskan”,kebiasaannya melibatkan perbuatan seksual, makanan, dadah atau yang lain-lain.

Sesiapa sahaja, walaupun bukan seorang agamawan, tidak digalakkan bersendirian. 

Bersendirian akan menggalakan keinginan berbuat perkara yang bukan-bukan, yang mana akan membawa kepada ketagihan. 

Terlalu ramai agamawan seperti pastor/paderi yang kini turut bergelut dengan rasa bersalah akibat tidak mampu menahan keinginan sedemikian.

Bagaimanapun, ketagihan terhadap sesuatu perkara tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menutupi kesalahan seseorang, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang membawa imej agama. 

Sebagai seorang yang ahli dalam ilmu agama, mereka sepatutnya tahu batas-batas dan segera rujuk kepada pakar untuk mengatasi masalah ketagihan mereka. 

Namun untuk berbuat demikian, mereka terpaksa berdepan dengan pandangan serong masyarakat yang masih belum cukup faham tentang isu ketagihan ini.

Sumber: Pastoral Care Inc

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *