Connect with us

Terkini

Berita pelajar diliwat jadi gurauan ‘budak TikTok’ buat netizen berang

Minggu lalu media tempatan melaporkan seorang pelajar junior telah menjadi mangsa liwat pelajar senior di sebuah sekolah di Langkawi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Berita pelajar diliwat jadi gurauan ‘budak TikTok’ buat netizen berang
Foto: Tangkap layar komen netizen di platform TikTok.
  • Minggu lalu media tempatan melaporkan seorang pelajar junior telah menjadi mangsa liwat pelajar senior di pusat pengajian agama di Langkawi.
  • Bagaimanapun berita tersebut menjadi bahan jenaka pengguna TikTok di mana segelintir daripada berkata  ingin memasuki sekolah berkenaan kerana ingin merasai perkara sama.
  • Perkongsian itu dibuat pemilik akaun Twitter @HausofHilton.
  • Pengguna Twitter menyifatkan komen demikian menyebabkan mangsa enggan tampil menceritakan trauma yang mereka alami dan gagal mendapatkan keadilan.
  • Ramai juga berpandangan komen itu timbul susulan pemikiran pengguna TikTok tersebut dipengaruhi pornografi sehingga mangsa liwat dijadikan bahan jenaka.

KUALA LUMPUR – Minggu lalu media tempatan melaporkan seorang pelajar junior telah menjadi mangsa liwat pelajar senior di sebuah sekolah di Langkawi.

Difahamkan, mangsa berumur 16 tahun ketika itu berada dalam bilik asramanya sebelum didatangi pelajar senior, lalu diliwat selama dua jam.

Berita tersebut telah mendapat perhatian orang ramai hingga tular di platform TikTok namun apa yang menyedihkan apabila komen-komen yang dilemparkan oleh pengguna platform tersebut boleh disifatkan tidak sensitif.

Menerusi perkongsian daripada akaun Twitter @HausofHilton, yang memaparkan tangkap layar komen netizen di platform TikTok bersama paparan berita tersebut menunjukkan bahawa terdapat beberapa orang individu menjadikan berita itu sebagai bahan jenaka dan berkata ingin memasuki sekolah berkenaan kerana ingin merasai perkara sama.

Lawak berunsur sensitif - ciapan

Ciapan daripada pemilik akaun Twitter itu, telah mendapat perhatian warganet, dimana rata-ratanya berasa berang apabila membaca komen-komen daripada pengguna TikTok itu yang dilabel sebagai ‘budak TikTok’.

Pengguna-pengguna Twitter menyifatkan komen demikianlah yang menyebabkan mangsa enggan tampil menceritakan trauma yang mereka alami dan gagal mendapatkan keadilan.

Tidak ramai juga berpandangan komen sedemikian timbul susulan pemikiran pengguna TikTok tersebut telah dipengaruhi oleh pornografi sehingga  mangsa liwat dijadikan bahan jenaka.

Sumber : Twitter @HausofHilton

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *