Antarabangsa
[VIDEO] 22 kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tembakan di Thailand
34 terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di pusat jagaan kanak-kanak dekat Bangkok, Thailand. Menurut pihak polis tempatan, pelaku merupakan seorang bekas pegawai polis yang telah diberhentikan perkhidmatannya atas sebab berkaitan dadah.
- Tembakan rambang tercetus di pusat jagaan kanak-kanak.
- 22 kanak-kanak dan 12 dewasa terbunuh.
- Pelaku merupakan bekas pegawai polis yang dihentikan perkhidmatan atas alasan berkaitan dadah.
- Pelaku datang ke pusat jagaan tersebut sekitar waktu makan tengahari.
- Seorang guru yang hamil lapan bulan menjadi antara sasaran pertama pelaku.
- Pelaku juga telah menembak mati isteri dan anaknya, sebelum menembak dirinya sendiri.
34 terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di pusat jagaan kanak-kanak dekat Bangkok, Thailand. Menurut pihak polis tempatan, pelaku merupakan seorang bekas pegawai polis yang telah diberhentikan perkhidmatannya atas sebab berkaitan dadah.
Pelaku dikatakan juga telah menembak mati isteri dan anaknya sebelum menembak dirinya sendiri.
22 daripada jumlah mangsa adalah kanak-kanak. Pegawai daerah, Jidapa Boonsoom memaklumkan, kira-kira 30 kanak-kanak berada di pusat jagaan terbabit ketika lelaki bersenjata itu masuk sekitar waktu makan tengah hari.
Pelaku mula-mula menembak empat hingga lima pekerja pusat jagaan, termasuk seorang guru yang sedang hamil lapan bulan.
Tambahnya, orang ramai pada awalnya menyangka bunyi tembakan adalah bunyi mercun.
Kejadian tembakan rambang jarang berlaku di negara itu tetapi pernah berlaku pada tahun 2020, dimana seorang askar yang berang dengan perjanjian hartanah telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 29 terbunuh dan 57 tercedera dalam kejadian amuk yang menjangkau empat lokasi berbeza.
Sumber: Reuters