Connect with us

Terkini

Warga emas mengaku lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak

Seorang warga emas durjana dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak berusia 14 tahun, Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Warga emas mengaku lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak
Foto: Rosmi (dua dari kanan) mengaku bersalah melakukan amang seksual di Mahkamah Sesyen pada Jumaat, sumber Sinar Harian.
  • Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia 14 tahun.
  • Mengikut fakta kes, mangsa memberitahu telah berkawan rapat dengan tertuduh yang merupakan jiran lama sejak tertuduh kematian isteri dua tahun lalu.
  • Pengadu mengesyaki sesuatu apabila mangsa kerap keluar bersama hampir setiap minggu termasuk mendapat duit, telefon dan pakaian daripada tertuduh.

MELAKA – Seorang warga emas durjana dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak berusia 14 tahun, Isnin lalu.

Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu terhadap Rosmi Hassan, 72, selepas warga emas terbabit membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, warga emas berstatus duda itu didapati telah melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia 14 tahun.

Perbuatan itu dilakukan semasa berada dalam kereta Perodua Viva di Taman Krubong Jaya, di sini, antara jam 10 pagi hingga 3 petang pada 29 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, dikendalikan Muhammad Nazrin Ali Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, mangsa memberitahu telah berkawan rapat dengan tertuduh yang merupakan jiran lama sejak tertuduh kematian isteri dua tahun lalu.

Advertisement

Pengadu yang merupakan abang mangsa tidak mengesyaki sebarang mencurigakan kerana tertuduh telah berusia, namun mula mengesyaki sesuatu apabila mangsa kerap keluar bersama hampir setiap minggu termasuk mendapat duit, telefon dan pakaian daripada tertuduh.

Pada 29 Ogos lalu, pengadu terserempak dengan mangsa dan tertuduh yang sedang menaiki kereta jenis Perodua Viva sebelum mengejarnya bagaimanapun cuba dilanggar tertuduh.

Selepas tertuduh ditahan polis, pengadu terkejut apabila mangsa memaklumkan tertuduh telah meraba badan mangsa serta melakukan hubungan seks.

Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan rogol terhadap mangsa sama kira-kira jam 3.30 petang pertengahan Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya.

Namun tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 September ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Advertisement

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh dikenakan denda RM1,800 atau tujuh bulan penjara jika gagal bayar selepas mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap abang mangsa.

Majistret Izwan Mohamed Noh membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Taman Krubong Jaya, jam 3.30 petang pada 29 Ogos lalu.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian 

 

 

Advertisement

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending