Connect with us

Terkini

Wang lesap dalam bank, bank setuju beralih kepada sistem yang lebih selamat

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) bersetuju serta memberi sokongan penuh kepada lima langkah tambahan untuk mengukuhkan perlindungan terhadap penipuan kewangan seperti diumumkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos.

Wartawan TMT

Published

on

Wang lesap dalam bank, bank setuju beralih kepada sistem yang lebih selamat
  • Persatuan bank-bank Malaysia ABM, AIBIM dan ADFIM bersetuju serta memberi sokongan penuh kepada lima langkah tambahan untuk mengukuhkan perlindungan terhadap penipuan kewangan yang diumumkan BNM.
  • ABM, AIBIM dan ADFIM dalam satu kenyataan bersama berkata, beberapa bank telah melaksanakan peralihan daripada penggunaan kata laluan sekali saja (OTP) berasaskan SMS kepada kaedah pengesahan manakala bank lain sedang mempercepatkan usaha mematuhi keperluan terkini itu.
  • Bank akan membuat pengesahan kepada transaksi tertentu sebagai aktiviti luar biasa bagi mengetatkan lagi peraturan pengesanan dan pencetus bagi menyekat transaksi berkaitan dengan penipuan kewangan.
  • Bank boleh menghubungi pelanggan untuk membuat pengesahan atau menghantar pemberitahuan mengenai aktiviti luar biasa.

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) bersetuju serta memberi sokongan penuh kepada lima langkah tambahan untuk mengukuhkan perlindungan terhadap penipuan kewangan seperti diumumkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos.

ABM, AIBIM dan ADFIM dalam satu kenyataan bersama berkata, beberapa bank telah melaksanakan peralihan daripada penggunaan kata laluan sekali saja (OTP) berasaskan SMS kepada kaedah pengesahan, manakala bank lain sedang mempercepatkan usaha mematuhi keperluan terkini itu.

“Peralihan ini (langkah pertama) membabitkan transaksi termasuk pemindahan dana dan pembayaran, perubahan maklumat peribadi (nombor telefon, alamat dan e-mel) dan tetapan akaun (had pengeluaran atau pemindahan),” katanya.

Bagi langkah mengetatkan lagi peraturan pengesanan dan pencetus bagi menyekat transaksi berkaitan dengan penipuan kewangan, kenyataan itu menyebut, bank akan membuat pengesahan kepada transaksi tertentu sebagai aktiviti luar biasa.

“Bank boleh menghubungi pelanggan untuk membuat pengesahan atau menghantar pemberitahuan mengenai aktiviti luar biasa.

“Bagi penetapan tempoh bertenang untuk pendaftaran perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti selamat buat kali pertama pula, dalam tempoh ini, pelanggan tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi perbankan dalam talian,” katanya.

Berhubung langkah mengehadkan transaksi perbankan elektronik kepada satu peranti mudah alih, ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, ia bermakna bank akan membenarkan setiap pemegang akaun mendaftar hanya satu peranti mudah alih atau peranti selamat untuk tujuan pengesahan transaksi perbankan dalam talian.

Advertisement

“Di samping itu, bank akan mengukuhkan proses untuk meningkatkan perubahan kepada proses peranti tunggal, seperti pengesahan tambahan untuk memastikan bahawa permintaan sedemikian telah dibuat oleh pemegang akaun,” katanya.

Mengenai syor bank-bank akan dikehendaki mewujudkan talian penting yang khusus untuk penipuan kewangan, kenyataan bersama itu menyebut, bank memiliki saluran atau talian aduan khusus 24/7 untuk pelanggan melaporkan insiden atau mengesyaki wujudnya penipuan.

“Di samping itu, bank akan menyediakan cara yang mudah untuk pelanggan menggantung sementara aktiviti perbankan dengan pantas jika mereka mengesyaki bahawa akaun mereka telah terjejas.

“Pelanggan juga akan dapat menyambung semula perkhidmatan akaun mereka selepas tempoh masa yang munasabah selepas pengesahan. Ini akan membolehkan pelanggan mengambil tindakan segera untuk melindungi akaun bank sekiranya perlu,” katanya.

Dalam pada itu, kenyataan itu menjelaskan bahawa pelaksanaan lima langkah tambahan berkenaan berpotensi menyebabkan tempoh transaksi perbankan dalam talian mengambil masa lebih lama berikutan langkah keselamatan serta pemeriksaan tambahan diperlukan.

Ia berkata, meskipun ini akan memberi kesan kepada pengalaman pelanggan, namun pelaksanaan langkah itu penting sebagai keselamatan tambahan kepada pelanggan.

Advertisement

“Justeru, kami dengan rendah hati memohon kesabaran dan pemahaman pelanggan berhubung jangkaan kelewatan atau kesulitan yang mungkin dihadapi sebaik langkah ini dilaksanakan.

“Kami komited untuk memastikan komunikasi yang tepat dengan pelanggan apabila langkah tambahan ini dilaksanakan termasuk tarikh pelaksanaan, perubahan proses, langkah yang perlu diambil pelanggan dan butiran lanjut untuk mendapatkan bantuan.

“Pelanggan diingatkan untuk sentiasa berwaspada pada setiap masa semasa melakukan transaksi dalam talian, termasuk mengikuti langkah keselamatan perbankan dalam talian,” katanya mengulas mengenai butiran langkah keselamatan yang diumumkan oleh BNM pada Pameran Jenayah Kewangan yang dianjurkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Sumber: Berita Harian 

Author

Advertisement

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending