Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Lagu ancam bunuh orang Islam beramai-ramai dimainkan di masjid di India

Islamofobia semakin menjadi-jadi di India, kali ini dalam bentuk ancaman genosid atau pembunuhan beramai-ramai ke atas Muslim melalui lagu bersifat perkauman yang dimainkan secara kuat di sebuah masjid di selatan India.

Wartawan TMT

Published

on

Lagu ancam bunuh orang Islam beramai-ramai dimainkan di masjid di India
Foto: Sumber Instagram Al Jazeera.
  • Klip video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan orang ramai menari-nari di hadapan sebuah masjid dalam satu upacara Hindu dengan lagu mengancam genosid atau pembunuhan beramai-ramai ke atas Muslim dimainkan secara kuat.
  • Video dimuatnaik media sosial Instagram AlJazeera English itu turut menyertakan kapsyen “kami akan mencuci tanah ini dengan darah” merujuk kepada lirik lagu itu. 
  • Insiden bersifat Islamofobia itu dipercayai berlaku di negeri selatan India, Karnataka.
  • Rata-rata netizen yang memberikan komen di posting Instagram kesal dengan kejadian itu dan menyifatkannya sebagai bentuk ancaman kepada umat Islam di India.

KUALA LUMPUR – Islamofobia semakin menjadi-jadi di India, kali ini dalam bentuk ancaman genosid atau pembunuhan beramai-ramai ke atas Muslim melalui lagu bersifat perkauman yang dimainkan secara kuat di sebuah masjid di selatan India.

Dalam video berdurasi 23 saat yang dimuatnaik media sosial Instagram AlJazeera English bertajuk “India: Genocide songs blasted at mosque”, kelihatan sekumpulan orang ramai menari-nari dalam satu upacara Hindu di hadapan sebuah masjid di Karnataka.

Lagu itu dimainkan secara kuat di hadapan masjid persis konsert keraian dengan limpahan cahaya lampu.

“Kami akan mencuci tanah ini dengan darah,” demikian kapsyen posting merujuk kepada lirik ancaman genosid ke atas orang Islam di India.

”Lagu-lagu yang mengancam pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam dimainkan dengan kuat pada upacara #Hindu di hadapan #mosque di #Karnataka selatan India”.

Video itu mengundang reaksi pelbagai daripada netizen antaranya komen-komen seperti berikut:

“sirovy_92 Saya berputus asa dengan manusia. Ini mengerikan.”

“greg.whitlock  Ini bukan perkara yang baik untuk dunia ini. Semua kebencian ini akan merosakkan”

Rata-rata penulis komen kesal dengan kejadian itu dan menyifatkannya sebagai satu bentuk ancaman kepada umat Islam di India.

Sumber : Instagram Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending