Connect with us

Antarabangsa

Sekolah di Baitulmaqdis kosong mogok cubaan israelisasi dalam pendidikan Palestin

Sekolah-sekolah Palestin di Baitulmaqdis Timur yang diduduki melancarkan mogok sebagai tanda protes terhadap percubaan pihak perbandaran Baitulmaqdis Israel untuk menapis dan menyunting buku teks Palestin serta memperkenalkan kurikulum Israel di dalam bilik darjah. 

Wartawan TMT

Published

on

Sekolah di Baitulmaqdis kosong mogok cubaan israelisasi dalam pendidikan Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekolah-sekolah Palestin di Baitulmaqdis Timur lancar mogok sebagai tanda protes terhadap cubaan pihak perbandaran Baitulmaqdis Israel untuk menapis dan menyunting buku teks Palestin serta memperkenalkan kurikulum Israel di dalam bilik darjah. 
  • Beratus-ratus sekolah Palestin ditutup semalam, bantahan yang diketuai ibu bapa termasuk keengganan mengajar buku teks terbabit.
  • Kira-kira 90-95 peratus sekolah sedang melancarkan mogok itu.
  •  Israel cuba untuk mengenakan “versi putar belit kurikulum Pihak Berkuasa Palestin (PA)” ke atas sekolah persendirian Palestin sejak awal tahun ini.
  • Israel juga menambah kandungan seperti ‘Yossi adalah jiran Mohammad’, mengenai penempatan dan tentang kewujudan bersama. Mereka bermain dengan dengan buku teks bahasa Arab, agama, sejarah dan mana-mana rujukan negara.

BAITULMAQDIS – Sekolah-sekolah Palestin di Baitulmaqdis Timur yang diduduki melancarkan mogok sebagai tanda protes terhadap percubaan pihak perbandaran Baitulmaqdis Israel untuk menapis dan menyunting buku teks Palestin serta memperkenalkan kurikulum Israel di dalam bilik darjah. 

Beratus-ratus sekolah ditutup semalam dalam siri tindakan terbaharu sejak beberapa minggu lalu yang diketuai ibu bapa, termasuk bantahan dan keengganan mengajar buku teks terbabit.  

Dalam siaran akhbar pada Ahad lalu, jawatankuasa ibu bapa bersatu bersama Palestinian National dan Islamic Forces di Jerusalem menggesa mogok penuh dan menuntut institusi antarabangsa bertindak untuk melindungi pendidikan Palestin. 

Wartawan dan penduduk berkongsi berpuluh-puluh imej bilik darjah kosong susulan sekolah ditutup semalam.

Ketua kesatuan jawatankuasa ibu bapa, Ziad al-Shamali, 56, memberitahu Al Jazeera bahawa sekiranya usaha Israel berjaya, ia “akan mempunyai 90 peratus kawalan ke atas pendidikan pelajar di Baitulmaqdis”.

Terdapat lebih 280 sekolah Palestin di Baitulmaqdis, dengan kira-kira 115,000 pelajar dari tadika hingga darjah 12, kata al-Shamali. 

Beliau mendakwa kira-kira 90-95 peratus sekolah sedang melancarkan mogok.

Al-Shamali berkata Israel cuba untuk mengenakan “versi putar belit kurikulum Pihak Berkuasa Palestin (PA)” ke atas sekolah persendirian Palestin sejak awal tahun ini.

“Mereka melakukan ini dengan alasan mereka memberikan lesen sekolah swasta, dan mereka yang memberi pembiayaan,” kata al-Shamali, yang tinggal di kawasan kejiranan al-Tur di Baitulmaqdis Timur.

Sekolah-sekolah perbandaran sedia ada untuk rakyat Palestin di bandar itu telah mula mengajar versi kurikulum PA yang diubah,  manakala sekolah baru dibina majlis perbandaran dipaksa untuk mengajar kurikulum Israel.

“Apa yang membimbangkan ibu bapa ialah mereka tersepit antara kurikulum Palestin yang diselewengkan dan kurikulum Israel. 

“Terdapat Israelisasi terhadap pendidikan Palestin dan ia sedang berlaku,” katanya mendakwa Israelisasi itu wujud sejak 10 hingga 12 tahun lalu, namun semakin meningkat sejak tiga tahun lalu.

“Kini, mereka menambah kandungan seperti ‘Yossi adalah jiran Mohammad’, mengenai penempatan dan tentang kewujudan bersama. Mereka bermain dengan dengan buku teks bahasa Arab, agama, sejarah dan mana-mana rujukan negara,” katanya. 

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending