Antarabangsa
Sami cuba lakukan gangguan seksual tular di TikTok
Seorang bekas pelakon gay di platform ‘OnlyFans’ mendakwa seorang sami cuba melakukan gangguan seksual terhadap dirinya pada Rabu lalu.
- Bekas pelakon gay di platform ‘OnlyFans’ dakwa seorang sami cuba melakukan gangguan seksual terhadap dirinya.
- Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli-belah terletak di wilayah timur laut Nakhon Ratchasima (Korat).
- Sami itu bertanyakan soalan-soalan berunsur lucah sebelum bertindak mengganggu Graf.
- Sami yang sama sebelum ini pernah melakukan gangguan seksual di hentian bas di wilayah Khon Kaen.
THAILAND – Seorang bekas pelakon gay di platform ‘OnlyFans’ mendakwa seorang sami cuba melakukan gangguan seksual terhadap dirinya pada Rabu lalu.
Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli-belah yang terletak di wilayah timur laut Nakhon Ratchasima (Korat).
Sami terbabit bertanyakan bekas pelakon yang hanya dikenali sebagai Graf, adakah dia pencipta platform ‘OnlyFans’ sebelum mengakui dia merupakan salah seorang peminat Graf.
Dia terus bertanyakan soalan-soalan yang berunsur lucah dan Graf menunjukkan reaksi kurang selesa bagi memberhentikan sami itu dari meneruskan perbualan.
Namun reaksi Graf langsung tidak menghalang sami itu dari cuba untuk mencabulnya.
Perlakuan sami yang mencurigakan itu mengundang pelakon itu untuk mula merakamnya.
Video itu dikongsikan di akaun TikTok @graf19 beserta kapsyen, “Kalau sesiapa kenal sami atau lelaki ini, sila maklumkan kepada saya. Dia cuba ganggu (gangguan seksual) saya,”
Sami yang cuba melarikan diri sebaik sahaja menyedari perbuatannya dirakam, menjerit kepada Graf, “Kenapa rakam video?” sambil berjalan dengan pantas.
Menurut satu komen di TikTok, sami terbabit adalah individu sama pernah melakukan gangguan seksual di hentian bas kawasan wilayah Khon Kaen.
Sumber: Thaiger News