Connect with us

Terkini

“PM selamatkanlah anak-anak kami,” – rayu ibu mangsa sindiket pekerjaan

Susulan gesaan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar rakyat Malaysia tidak ke Thailand, beberapa individu yang difahamkan merupakan keluarga kepada mangsa sindiket penipuan pekerjaan turut membuat gesaan sama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“PM selamatkanlah anak-anak kami,” - rayu ibu mangsa sindiket pekerjaan
Foto: Datuk Hishamuddin Hashim.
  • Menerusi satu video di Tiktok @ihishamuddinhashim, seorang wanita berbangsa Cina menggesa agar anak-anak muda disekat daripada pergi ke luar negara.
  • Terdapat ibu lain beritahu anaknya telah pergi Bangkok pada bulan Julai untuk bekerja sebagai translator bank namun semasa sampai anaknya telah diculik dan disuntik.
  • Anaknya diseksa, dipukul bahkan tidak dibenarkan tidur jika tidak mencapai sasaran.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata rakyat Malaysia di Myanmar, Laos dan di Cambodia berada dalam keadaan tertekan.
  • Mereka didakwa dipukul, terima ugutan organ dijual, dipaksa bekerja 20 jam dalam satu hari bahkan tidak dibenarkan duduk sekiranya ingkar kena renjatan elektrik.
  • Beliau gesa permasalahan ini dibincangkan segera di platform tertinggi ASEAN sebelum berlaku lebih banyak perkara tidak diingini berlaku seperti kematian.

KUALA LUMPUR – Susulan gesaan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar rakyat Malaysia tidak ke Thailand, beberapa individu yang difahamkan merupakan keluarga kepada mangsa sindiket penipuan pekerjaan turut membuat gesaan sama.

Menerusi satu video di Tiktok yang disiarkan oleh pemilik akaun @ihishamuddinhashim, seorang wanita berbangsa Cina menggesa agar anak-anak muda disekat daripada pergi ke luar negara.

Wanita berbaju blouse kemeja tersebut dalam nada sebak berkata. “Sekatlah mana-mana anak muda sekarang nak ke luar negara sementara ini sebab saya dengar kata ibu lain anak diaorang masih lagi ingin pergi ke situ.

Selama beberapa bulan, hati saya menunggu anak saya dengar berita macam-macam berlaku. Jadi disini saya mengharapkan perdana menteri menyelamatkan anak-anak kita. Terima kasih PM.”  

Dalam pada itu, terdapat ibu lain turut memberitahu bahawa anaknya telah pergi ke luar negara pada bulan Julai untuk bekerja sebagai translator bank melalui penerbangan ke Bangkok namun semasa turun di situ anaknya telah diculik dan disuntik.

Menurut wanita berbaju t-shirt berjalur warna-warni itu yang juga berbangsa Cina, anaknya telah diseksa, dipukul bahkan tidak dibenarkan tidur jika tidak mencapai sasaran.

“Anak saya mohon bantuan untuk diselamatkan pada bulan Ogos, melalui telefon scammer, disebabkan itu saya tahu semua perkara yang berlaku kepadanya dan mengapa dia ingin kembali ke Malaysia,” katanya menerusi video berdurasi tiga minit 59 saat itu.

Ibu itu turut menambah bahawa anaknya telah diseksa dengan disuntik sebanyak tiga kali dan dia memohon agar anaknya diselamatkan dan dikembalikan dalam keadaan masih bernyawa.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata rakyat Malaysia yang berada di Myanmar, Laos dan di Cambodia berada dalam keadaan tertekan.

Tegasnya, mereka didakwa telah dipukul, menerima ugutan untuk organ dijual, dipaksa bekerja 20 jam dalam satu hari bahkan tidak dibenarkan duduk sekiranya ingkar akan dikenakan renjatan elektrik.

Berikutan itu, mangsa sindiket pekerjaan ini menangis memohon pertolongan ahli keluarga mereka untuk diselamatkan segera.

“Saya bercakap dengan nada sebegini kerana tidak tahan dengan simpati yang sangat dekat mereka. Mereka ditakut-takutkan.

Organ mereka akan dijual dan yang perempuan diugut untuk dilacurkan. Kita ada maklumat diterima daripada keluarga mangsa mengatakan ada di kalangan rakyat Malaysia telah dilacurkan jadi pelacur oleh sindiket ini namun maklumat tersebut belum dapat disahkan lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut berkata bahawa terbaharu terdapat bukti mengatakan telah berlaku kematian disebabkan sindiket tersebut melibatkan seorang mangsa yang mayatnya ditemui di Thailand di mana hasil DNA mengesahkan mangsa merupakan rakyat Malaysia yang tinggal di Ipoh.

Justeru, beliau menggesa agar permasalahan ini dibincangkan segera di platform tertinggi ASEAN sebelum berlaku lebih banyak perkara tidak diingini berlaku seperti kematian.

Sumber : Tiktok @ihishamuddinhashim

Author