Antarabangsa
Mubaligh pelampau Hindu mahu semua universiti muslim di India diletupkan
Mubaligh pelampau Hindu kontroversi, Yati Narsinghanand Saraswati ditahan susulan kenyataannya menggesa untuk merobohkan madrasah dan Universiti Muslim Aligarh dengan menggunakan “serbuk letupan”.
- Mubaligh pelampau Hindu kontroversi, Yati Narsinghanand Saraswati ditahan susulan kenyataannya yang menggesa untuk merobohkan madrasah dan Universiti Muslim Aligarh dengan menggunakan “serbuk letupan”.
- Mengulas mengenai tinjauan terhadap madrasah yang tidak diiktiraf Kerajaan India di Uttar Pradesh, pendakwah kontroversi itu berkata institusi seperti madrasah tidak seharusnya wujud.
- “Semua madrasah harus diletupkan dengan serbuk letupan seperti dilakukan di China. Semua pelajar madrasah harus dihantar ke kem supaya virus yang dipanggil Quran dibuang dari otak mereka,” katanya.
NEW DELHI – Mubaligh pelampau Hindu kontroversi, Yati Narsinghanand Saraswati ditahan susulan kenyataannya menggesa untuk merobohkan madrasah dan Universiti Muslim Aligarh dengan menggunakan “serbuk letupan”.
Ahad lalu, Yati Narsinghanand berada di Aligarh bagi menghadiri program Mahasabha Hindu.
Mengulas mengenai tinjauan terhadap madrasah yang tidak diiktiraf Kerajaan India di Uttar Pradesh, Mubaligh kontroversi itu berkata institusi seperti madrasah tidak seharusnya wujud.
“Semua madrasah harus diletupkan dengan serbuk letupan seperti dilakukan di China. Semua pelajar madrasah harus dihantar ke kem supaya virus yang dipanggil Quran dibuang dari otak mereka,” katanya menerusi hantaran video yang dipetik India Today dalam laporannya kelmarin.
Katanya, sama seperti madrasah, Universiti Muslim Aligarh (AMU) juga harus diletupkan dan pelajarnya harus dihantar ke pusat tahanan dan otak mereka (pelajar universiti) perlu dirawat.
Superintendan Polis Kuldeep Singh Gunawat berkata satu kes dilaporkan terhadap Yati Narsinghanand di pejabat polis Gandhi Park susulan kenyataan kontroversinya mengenai institusi pendidikan komuniti tertentu di Aligarh.
Ini bukan kali pertama Yati Narsinghanand didakwa kerana ucapan kebencian. Sebelum ini, beliau pernah ditahan dalam kes ucapan kebencian Haridwar tahun lalu tetapi dibebaskan kemudiannya.
Baru-baru ini, beliau ditahan susulan kenyataan kontroversinya terhadap Mahatma Gandhi yang didakwa pendakwah kontroversi itu sebagai bertanggungjawab di atas kematian penganut Hindu susulan penubuhan Pakistan dan Bangladesh.
Sumber: India Today