Terkini
Firdaus Wong jadi saksi perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini akan menjadi saksi terhadap kes perbicaraan pertuduhan gangguan seksual yang mengaitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Tenom, Sabah.

- Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini akan menjadi saksi terhadap kes perbicaraan pertuduhan gangguan seksual yang mengaitkan pendakwah terkenal.
- Akhi Fairuz Al-Jengkawi akan bertindak sebagai saksi pendakwa raya.
- Beliau berharap perbicaraan yang akan dimulakan hari ini memberi keadilan dan kebenaran sebenar.
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini akan menjadi saksi terhadap kes perbicaraan pertuduhan gangguan seksual yang mengaitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Tenom, Sabah.
Firdaus Wong dalam hantaran di Facebooknya sebentar tadi memaklumkan bahawa dia bersama seorang pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi akan bertindak sebagai saksi pendakwa raya serta mengharapkan doa orang ramai agar segala urusan perbicaraan dapat dijalankan dengan lancar.
“Perbicaraan 11 tuduhan gangguan seksual Ebit Lew akan bermula hari ini. Kami berdua Insya-Allah akan menjadi saksi pendakwa raya.
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan ringankanlah segala urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku,” katanya sambil menitipkan doa buat urusannya hari ini melalui kenyataan di Facebook.
Tambahnya, beliau berharap perbicaraan yang akan dimulakan hari ini memberi keadilan dan kebenaran sebenar.
Sumber: Facebook

You must be logged in to post a comment Login