Terkini
Dark Side: remaja perempuan jual video bogel serendah RM40
Di mana perginya rasa malu dan maruah seorang wanita apabila hanya dengan serendah RM40, mereka menjual pelbagai kandungan video aksi lucah melalui platform Twitter.
- Komuniti ‘dark side’ ini turut membuat promosi di Twitter secara terbuka di mana terdapat di antara mereka menyiarkan promo video lucah mahupun gambar-gambar di ruangan akaun peribadi mereka.
- Terdapat remaja perempuan tawarkan video lucah serendah RM40 sahaja di mana ada lebih kurang 170 gambar dan pelbagai video lucah.
- Mereka mendakwa pernah menjadi mangsa seksual sehingga membuatkan mereka ketagihan dan dalam waktu sama ingin mencari pendapatan.
- Hasil siasatan The Merdeka Times dapati bukan sahaja mereka tawarkan video lucah, malah khidmat lain turut ditawarkan seperti oral seks, panggilan lucah dan membuat hubungan seks.
KUALA LUMPUR – Di mana perginya rasa malu dan maruah seorang wanita apabila hanya dengan serendah RM40, mereka menjual pelbagai kandungan video aksi lucah melalui platform Twitter.
Lebih mengejutkan apabila ada diantara mereka yang terlibat dalam kegiatan ‘dark side’ ini memberikan alasan sekadar untuk menjana pendapatan bagi membeli barangan malangnya maruah mereka diperjudikan sepenuhnya seolah tiada hari esok.
Namun, ada juga sebahagiannya terjebak dalam kegiatan tidak bermoral itu disebabkan pernah menjadi mangsa seksual pada masa lampau sehingga membuatkan mereka ketagihan dan dalam waktu sama ingin mencari pendapatan.
Hasil siasatan The Merdeka Times mendapati bukan sahaja mereka menawarkan video lucah, malah pelbagai khidmat lain turut ditawarkan seperti oral seks, panggilan lucah dan membuat hubungan seks.
Menerusi pemerhatian, komuniti ‘dark side’ ini turut membuat promosi di Twitter secara terbuka di mana terdapat di antara mereka yang menyiarkan promo video lucah mahupun gambar-gambar di ruangan akaun peribadi mereka.
Bagi pelanggan yang menginginkan video penuh perlu membuat bayaran terlebih dahulu sebelum dapat mengakses video tersebut. Malah, mereka turut membuat promosi pada waktu tertentu seperti potongan harga untuk khidmat seksual yang ditawarkan.
The Merdeka Times, dapat berhubung dengan beberapa individu untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan ‘dark side’ di mana salah seorang daripada mereka mengakui dia sekadar menawarkan khidmat video lucah namun tidak menawarkan hubungan seks atau sebagainya.
Ketika diajukan bagaimana proses untuk membuat video tersebut dan uar-uarkannya di Twitter, remaja perempuan itu berkata, “Saya buat content sextapes dan pastikan muka ditutup, boleh juga menggunakan sticker, kemudiannya letak watermark then post dekat akaun peribadi.
Tambahnya, kebiasaannya dia menawarkan harga serendah RM50 untuk tiga buah video lucah pendek, di mana kandungan video tersebut memaparkan dia sendiri sedang beronani ataupun bermain alat mainan seks.
Dia turut mendakwa bahawa bangsa Melayu paling ramai yang melanggan khidmat tersebut berbanding bangsa Cina mahupun India.
Jelasnya, dia pernah meraih pendapatan sebanyak RM25,000 dan majoritinya lelaki yang tidak bermoral ini akan melanggan pada hujung bulan memandangkan gaji diperoleh pada waktu tersebut.
Sementara itu, terdapat remaja perempuan lain yang menawarkan video lucah dengan bayaran harga serendah RM40 sahaja di mana ada lebih kurang 176 gambar dan pelbagai video lucah.
Harga asal adalah RM70 namun pada Selasa, remaja tersebut membuat potongan harga untuk 35 orang sahaja di akaun peribadi Twitternya.
Urusan urus niaga itu berjalan begitu mudah, iaitu pelanggan hanya perlu membuat bayaran, tunjuk bukti pembayaran sebelum dapat mengakses Private Account Twitter yang menjadi alam ‘dark side’’ memaparkan segala aksi lucah wanita tersebut.
Pada masa, terdapat juga individu lain yang berkata, “I tak jual video bogel kerana kita tahu ia haramkan…Hahaha even I dark side but still….But this is only my prinsip don’t make it same as others.
As I said I active in ds because I love to express my words or maki or luahan tanpa dihakimi. I nak bagi video bogel pun pada orang tertentu sahaja.”
Lebih parah, apabila majoriti ruangan ciapan Twitter komuniti ‘dark side’ ini dipenuhi dengan ciapan-ciapan lucah dan luahan berkenaan ‘pelanggan’ mereka yang adakala menjadi topik perbahasan di antara mereka.
Tidak ketinggalan juga, komuniti biseksual turut menempatkan diri dalam kegiatan tersebut. Dalam mereka, menawarkan khidmat seksual kepada lelaki mereka turut mencari pelanggan wanita yang ingin ‘bersama’.
Dalam para pemimpin negara sibuk memikirkan bila waktu yang wajar untuk Pilihan Raya Umum-15 (PRU15) dilaksanakan, anak bangsa mereka kian musnah menjual maruah di ruangan media sosial khususnya Twitter. Bukankah anak muda ini yang menjadi harapan untuk mewarisi negara? – The Merdeka Times