Connect with us

Terkini

Ibu bapa sibuk bekerja, gadis 13 tahun jual maruah diri di Dark Side

Berikutan pendedahan dibuat Cikgu Fadli Salleh berkenaan Dark Side yang sudah lama membarah di Twitter, seorang pengguna Facebook Iqbal Hakim pada Isnin turut berkongsi tentang kisah seorang pelajar IPT yang terjebak dengan DS seawal usia 13 tahun disebabkan ibu bapa terlalu sibuk bekerja.

Wartawan TMT

Published

on

Ibu bapa sibuk bekerja, gadis 13 tahun jual maruah diri di Dark Side
Foto: Iqbal Hakim sewaktu mendapatkan maklumat dari Syasya (bukan nama sebenar).
  • Pendedahan dibuat pengguna Facebook Iqbal Hakim pada Isnin.
  • “Lebih 100 kali buat seks, dengan pakwe yang bertukar-tukar. Sejak umur 13 tahun bergiat dengan benda ni. Banyak stok pil cegah mengandung. Pernah termengandung dua bulan, terus makan pil untuk gugurkan.” – Syasya (bukan nama sebenar).
  • Syasya mempunyai ‘sugar daddy’ iaitu minimum boleh mendapat RM150 hanya untuk sekali keluar. Sebulan boleh kumpul lebih RM5000 dengan hanya teman lelaki bekerjaya minum-minum je.
  • Pergi clubbing dan minum arak tu perkara biasa, seminggu 4-5 kali kerana baginya “You only live once, masa muda ni nak nikmati hidup”.
  • Syasya turut mengakui bahawa kegiatannya tidak diketahui ibu bapanya.
  • “Diaorang tak tahu. Sekarang je pakaian teruk macamni, balik rumah jadi muslimah sejati. Kalau dorang tahu I dah jadi anak angkat dah sekarang”.
  • Parents sibuk kerja, tak membesar sangat dengan dorang. Banyak duduk dengan kawan-kawan.”
  • “IPT kami pun lebih 80 peratus students perangai macam kami, so biasa je benda ni, ramai buat benda sama. Sebab kawan-kawan tu ada lah juga sikit,”
  • “Fitrah manusia perlukan kasih sayang. Jika tak dapat melalui mak ayah, dia akan cari orang lain. Mak ayah kena mula cek aktiviti anak-anak, cuba lah tanya kawan sekelas dan sebilik.” – Iqbal Hakim.

KUALA LUMPUR – Berikutan pendedahan dibuat Cikgu Fadli Salleh berkenaan Dark Side yang sudah lama membarah di Twitter, seorang pengguna Facebook Iqbal Hakim pada Isnin turut berkongsi tentang kisah seorang pelajar IPT yang terjebak dengan DS seawal usia 13 tahun disebabkan ibu bapa terlalu sibuk bekerja.

Iqbal yang juga merupakan Pengerusi Majlis Politik Nasional dibawah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), berkata perkongsian tersebut terkait beberapa orang pelajar IPT di Lembah Klang yang berbangsa Melayu di mana kesemuanya seramai enam orang.

Katanya, perkongsian itu bermula dengan hanya soalan ringkas di mana salah seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai Syasya, 20 (bukan nama sebenar) dan mendedahkan bahawa sejak kecil tidak pernah mendirikan solat fardhu dengan alasan malas.

Tidak lama kemudian, Syasya mula bercerita tentang sisi gelap kehidupannya yang terjebak dengan Dark Side disebabkan ibu bapa dia didakwa tidak menghargainya dan terlalu sibuk bekerja hingga kebanyakan masa gadis itu dihabiskan bersama rakan.

Menurut Iqbal, Syasya sendiri mengakui bahawa dia mempunyai akaun DS di Twitter dan channel Telegram untuk dia berkongsi kandungan-kandungan yang berunsur 18 tahun ke atas sekali gus melalui cara tersebut gadis itu dapat meraih pendapatan.

“Dalam hidup dah lebih 100 kali buat seks, dengan pakwe yang bertukar-tukar. Sejak umur 13 tahun bergiat dengan benda ni. Banyak stok pil cegah mengandung. Pernah termengandung dua bulan, terus makan pil untuk gugurkan.

Bila dia cerita, saya pun terkaku sekejap, jarang dengar pengakuan dari mulut tuan badan sendiri,” kata Iqbal yang menceritakan semula perkongsian dibuat Syasya kepadanya pada beberapa hari lalu.

Katanya, Syasya turut menambah bahawa kini dia mempunyai ‘sugar daddy’ di mana minimum dia boleh mendapat RM150 hanya untuk sekali keluar bersama.

“Kalau rajin lagi, sebulan boleh kumpul lebih RM5000. Tak buat apa pun, keluar teman lelaki bekerjaya minum-minum je”.

Kalau nak kata pergi clubbing dan minum arak tu dah biasa sangat, seminggu 4-5 kali pergi. Bila ditanyakan kenapa rasa nak pergi, katanya “You only live once, masa muda ni nak nikmati hidup”.

Dalam pada itu, Syasya juga seolah meletakkan ibu bapanya sebagai penyebab utama yang membuat dia bertindak sebegitu. Syasya turut mengakui bahawa kegiatannya tidak diketahui mereka.

“Diaorang tak tahu. Sekarang je pakaian teruk macamni, balik rumah jadi muslimah sejati. Kalau dorang tahu I dah jadi anak angkat dah sekarang”.

Parents selalu tak appreciate. Dulu I dapat 4A 4B dalam SPM, tapi parents bebel yang B je, yang A tak hargai.”

Parents sibuk kerja, tak membesar sangat dengan dorang. Banyak duduk dengan kawan-kawan.”

“IPT kami pun lebih 80 peratus students perangai macam kami, so biasa je benda ni, ramai buat benda yang sama. Sebab kawan-kawan tu ada lah juga sikit,” ujar Syasya kepada Iqbal.

Menurut Iqbal, perkongsian itu dibuat bermula di sebuah kedai makan namun kemudiannya Syasya bersama rakan-rakannya membawa Iqbal untuk diperkenalkan kepada rakan lain yang turut mempunyai sisi gelap mereka.

Pada masa sama, Iqbal turut mengingatkan ibu bapa agar tidak memandang remeh dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak. 

Jelasnya, “Fitrah manusia perlukan kasih sayang. Jika tak dapat melalui mak ayah, dia akan cari orang lain. Mak ayah kena mula cek aktiviti anak-anak, cuba lah tanya kawan sekelas dan sebilik.

Paling penting, pilihlah circle yang ada biah solehah. Kawan-kawan di universiti ni banyak memberi pengaruh kepada sikap dan tindakan seseorang tu. Jangan tersilap masuk lubang biawak, nanti susah cari jalan keluar.”

Tegasnya, tanggungjawab kita bersama untuk mendidik masyarakat terutamanya remaja. Malah hari ini, dakwah dikatakan tidak sampai kepada golongan ini justeru banyak lagi lubang perlu digali.

Sumber : Facebook Iqbal Hakim

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending